CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

'Jangan rasuah'

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Tengku Abdullah beri amaran elak terjebak atur perlawanan“JANGAN ulang episod 1995 atau anda akan berdepan masalah besar!” Itu amaran keras dilaungkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada pemain dan pegawai bola sepak negara berkenaan isu rasuah dan mengatur perlawanan.\r“Saya nasihatkan pemain supaya tidak melayan sebarang bentuk tawaran pihak-pihak tertentu untuk mengatur perlawanan,” titah Tengku Abdullah pada sidang media selepas sesi pertemuan dengan delegasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Wisma FAM, semalam.\r\n\n\n\n\r  “FAM dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membentuk satu unit khas bagi menangani perkara ini di setiap persatuan negeri. Jika ada laporan mengenai perkara ini, terus laporkan kepada unit terbabit supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil.\r\r\n\n\n\n\n  “Ingin saya tegaskan di sini, kami sentiasa memerhatikan anda, pemain-pemain. Jadi jangan babitkan diri anda dengan mana-mana pihak yang ingin mengatur perlawanan. Saya juga mahu pemain menjaga tingkah laku di dalam dan di luar padang supaya imej bola sepak negara dihormati.”\rBola sepak negara yang pernah menjadi kuasa besar Asia suatu ketika dulu, mengalami kemerosotan mendadak selepas skandal rasuah membabitkan lebih 100 pemain Liga Malaysia terbongkar. Akibatnya, FAM terpaksa bermula dari bawah untuk mendapatkan kembali skuad kebangsaan mantap seperti yang ada sekarang.\rMenurut Tengku Abdullah, bagi memastikan imej bola sepak negara tidak tercemar sekali lagi, satu pemeriksaan ketat juga akan dilakukan terhadap pemain khususnya dalam Liga Malaysia bagi musim depan yang bakal menerima kembali pemain asing dalam pasukan tempatan.\rSementara itu, Bukit Aman difahamkan sudah menubuhkan satu pasukan khas berhubung siasatan membabitkan rangkaian sindiket antarabangsa menentukan keputusan perlawanan yang didakwa turut membabitkan rakyat Malaysia.\r\n\n\n\n\rPasukan khas diketuai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan itu turut ditubuhkan di setiap kontinjen polis negeri.\rPengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid, berkata penubuhan pasukan khas itu adalah tanda komited PDRM dalam menangani isu itu.\r“Tugas pasukan khas itu akan tertumpu kepada tugasan memantau dan menjalankan siasatan terhadap sebarang aktiviti menentukan keputusan perlawanan serta judi bola sepak termasuk judi bola atas talian (online) membabitkan warga negara Malaysia.\r“Buat masa ini, kita sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa individu di negara ini yang disyaki terbabit dengan sindiket antarabangsa dalam menentukan keputusan perlawanan dan judi untuk bola sepak luar negara,” katanya pada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan empat pegawai dari FIFA yang diketuai Ketua Keselamatan FIFA, Chris Eaton di Wisma FAM di sini, petang semalam. \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.456674 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list