|
Baru sedar, rumah dah lama bersawang...
Belum bertukar langsir baru;
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_azure posted on 12-9-2012 01:02 PM
Baru sedar, rumah dah lama bersawang...
Belum bertukar langsir baru;
segala2 harus ditukar ... hehehe ..
tak pe tak pe .. kita setia menanti ...
|
|
|
|
|
|
|
|
44.
"Nini... Persatuan Ugama nak buat gotong royong.. Nak join tak? Rasanya macam dah lama kita tak pergi sama-sama ikut program dia orang!" Nini hanya menganggukkan kepala. Betul juga... Hampir 2 tahun dia tidak melibatkan diri. Paling akhir dia ke Johor dulu membantu seorang isteri yang kehilangan suami. Sama-sama membaiki rumah tersebut yang kelihatan amat daif. Hasilnya rumah tersebut menjadi seperti rumah baru. Masih dia ingat lagi, wanita tersebut menitiskan air mata kerana tidak menyangka dia dapat merasai rumah baru walaupun rumah itu tetap sama.
"Tengok dululah...."
"Mengapa? Macam tak ada mood lagi! Ala.. tak lama lagi ibu Nini baliklah... "
"Bukan sebab itu!" Nini mendiamkan diri lagi. Aku bukan yang dulu lagi. Kalau nak pergi mesti dapat kebenaran Nazrin. Dulu-dulu bolehlah. Dia tidak boleh memberikan keputusan sendiri. Nanti pandai-pandai bersetuju; Nazrin tak membenarkan. Mudah saja dicop isteri derhaka. Walaupun dia masih tidak dapat menerima Nazrin sepenuhnya tapi dia perlu mengkhabarkan kepada Nazrin.
"Diam lagi... Hish aku tak tahulah anak dara sorang ni.. Penyakit apa yang berjangkit?"
"Tulah... sejak ibu aku tak ada ni, memang aku jadi tak seronok sangat2..."
"Orang ajak lepak kat rumah aku, tak naklah pulak! Kemudian menung sana menung sini..."
"Aku memang hendak sangat tapi abang aku tu... Protective sangat! Mana dia nak bagi. Kononnya nak ikut pesanan ibu. Kau bukan tak tahukan sikap abang aku tu..."
"Emmm... ialah.. Ni nak pergi ke tak nak? Aku bagi nama dulu... Dengar-dengar En. BT tu pergi juga..."
"Dia nak pergi ke tak tak ada kaitanlah dengan aku..."
"Ialah... tak pernah-pernah nak ikut program ni, aleh-aleh dia pergi pula... Macam pelik saja...."
"Tak ada peliknya, dia pun nak membuat amal kebajikan, menambah pahala... Mungkin masa tarikh tu dia free.."
"Mungkin juga... tapi mungkin juga dia berharap yang Cik Nini pergi... "
"Kalau tak mengusik tak boleh ke? Aku bukankah dah ingatkan, jangan kaitkan nama dia dengan nama aku. Tak ada faedahnya... Lagi pun jika orang lain dengar, amatlah tak manisnya. Mana tahu dia ada peminat, tersentap peminatnya.. "
"Ialah.... Nini jangan lupa ya, tanya abang Nini. Kang dah cukup korum tak berpeluang nak pergi..."
"Ok.. nanti aku beritahu, tapi jangan berharap sangat!"
*******
Malam itu selepas makan malam, Nini resah di ruang rehat. Macammana nak cakap ni.. Dia bagi ke tidak! Kalau tak cakap boleh tak? Last minute baru beritahu!
"Nini... " Terangkat bahu Nini mendengar suara Nazrin. Nasib baik tak melatah..
"Abang panggil bukannya kuat sangat sampai terkejut!" Nazrin melabuhkan diri di sebelah Nini.
"Dari tadi abang tengok Nini macam kurang selesa. Kenapa? Ada masalah? Nak share dengan abang?"
"Emmm... Nini nak minta izin dengan abang... " Lembut Nini menuturkan kata. Nazrin masih sabar menanti. Pelik dengan sikap Nini yang serba tak kena.
"Minta izin ke mana? Nak sambung belajar lagi?"
"Bukan... Nini nak ikut kawan sepejabat pergi Pantai Timur!" Senafas Nini memberitahu.
"Ada kerja kat sana ke?" Nini menggelengkan kepala.
"Nak jalan-jalan? Kalau nak jalan-jalan pergi dengan abang saja ..."
"Kita orang ada program Persatuan kat sana? Nak pergi ke rumah Anak Yatim. Nak membantu mana yang boleh. Dulu Nini pernah ikut program macam ni..."
"Bila?"
"Bulan depan... Boleh tak Nini pergi... Tak lama 3 hari 2 malam saja... Boleh ya abang.."
Nazrin tersenyum mendengar suara lembut Nini. Nak memujuk ada saja caranya.. Jika tidak susah nak mendengar rayuan Nini.
"Kenapa abang senyum-senyum.. Abang kasikan Nini pergi?"
"Yang pergi tu ramai lelaki ke perempuan?" Nni mendiamkan diri. Tak sangka soalan itu pula yang keluar dari bibir Nazrin.
"Mana Nini tahu... Nanti Nini check balik dengan urusetia. Kebiasaannya sama rata... " Nazrin memegang dagu seperti orang berfikir.
"Boleh ya abang?" Tanpa disedari lengan Nazrin dipaut. Nazrin tersenyum lagi. Kerana nak memujuk Nini rela memegangnya. Jika tidak baru saja nak pegang; pasti ada alasan..
"Boleh tapi ada syaratnya..."
"Kalau tak ada syarat tak bolehke... Semua nak bersyarat!" Nini memanjangkan muncung.
"Nak pergi ke tak nak?"
"Naklah...." Memanglah dia mahu, kerana waktu macam ini dia dapat melarikan diri dari terus menghadapi Nazrin!
"Syarat abang....." Nini sabar menanti apa yang bakal dituturkan oleh Nazrin.
"
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_azure posted on 12-9-2012 01:39 PM
44.
"Nini... Persatuan Ugama nak buat gotong royong.. Nak join tak? Rasanya macam dah lama kita ...
adooooiii ... tergantung ... hapdet la lagiii ... heheheheh ....
sian kat nazrin ...
|
|
|
|
|
|
|
|
sukanya....ada n3 baru |
|
|
|
|
|
|
|
suke tau gantung2 camtu...
nak n3 lagi... lama tau tuggu .... |
|
|
|
|
|
|
|
tgh tunggu n3 seterusnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam tn rmh,bl nk smbg,lm btl tnggu,klau blh jgn lh smpai thn dpn yer |
|
|
|
|
|
|
|
salammm tuan umah...
cpt2 smbg lg...
rnd la kt nini N nazrin ni.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Azure dan sahabat
Wah dah lama tak sekodeng kat sini dah byk cerita baru.
Cerita Azu pn tak tahu dari mana nak sambung. |
|
|
|
|
|
|
|
lama x lawat nini.... sht rupa yer.....
|
|
|
|
|
|
|
|
best...
sambunglah cepat2..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|