CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10710|Reply: 0

Tak jadi nak buang baju, lega dah jumpa cara cuci kotoran degil

[Copy link]
Post time 12-3-2025 03:51 PM | Show all posts |Read mode

PERNAHKAH anda berdepan kesukaran menghilangkan kotoran degil yang melekat pada pakaian?

Walaupun bermacam-macam cara digunakan, kotoran itu tetap tidak boleh tanggal sehingga ada yang mengambil keputusan untuk membuangnya.

Sebenarnya setiap jenis kotoran yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan mudah asalkan kita menggunakan teknik dan bahan mencuci yang betul.

Kali ini mStar kongsikan beberapa tip yang boleh digunakan untuk menghilangkan pelbagai jenis kotoran pada fabrik:

1. Mentega atau Minyak

Jika dua bahan ini terkena pada pakaian, serap lebihan minyak menggunakan tisu keras. Kemudian taburkan serbuk penaik atau tepung jagung dan biarkan seketika.

Selepas itu gosok dengan sabun pencuci pinggan dan seterusnya basuh dengan air suam sehingga kesan minyak tanggal sepenuhnya.

2. Coklat

Buang lebihan coklat pada kain lalu rendam ia dalam air sejuk.

Selepas itu, sapukan cecair pencuci atau penghilang kotoran dan basuh dengan air suam.


3. Kopi

Sekiranya kopi tertumpah pada baju, rendam dan bilas ia dengan air sejuk dahulu.

Kemudian, sapukan cecair pencuci dan gosok perlahan-lahan lalu basuh dengan air suam.

Hasil lebih baik jika menggunakan cuka pada bahagian terkena tumpahan kopi.

4. Solekan

Tekap baju yang mempunyai kesan solekan dengan sabun pencuci pinggan atau micellar water.

Seterusnya, gosok ia perlahan-lahan dan basuh dengan air sejuk.

5. Dakwat atau kesan pen marker

Ambil sedikit susu dan tuangkan ke atas kesan dakwat, kemudian biarkan ia selama 30 minit dan cuci dengan sabun seperti biasa dan bilas.

Cara kedua pula, letakkan alkohol atau pembersih tangan pada kesan kotoran kemudian bilas dan basuh dengan air sejuk.


6. Darah

Basahkan bahagian yang terkena darah dan taburkan dengan sedikit garam, lalu gosokkan bahagian tersebut sehingga kesan darah mula tanggal.

Ulangi langkah ini beberapa kali dan seterusnya cuci seperti biasa menggunakan sabun pencuci.

7. Tanah atau lumpur

Keringkan dahulu kesan tanah atau lumpur untuk mudah ditanggalkan.

Kemudian gosok menggunakan alkohol atau cuka putih diikuti bahan pencuci.

Seterusnya basuh dengan air suam.

8. Cat

Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih dahulu selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.284767 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list