CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7853|Reply: 15

[Tempatan] BNPL: Pengguna Pendapatan Kurang RM5,000 Sebulan

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:51 PM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia ber­belanja sebanyak RM12 bilion menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian atau BNPL pada tahun lalu.

Daripada jumlah itu sebanyak RM4.9 bilion dibelanjakan pada enam bulan pertama tahun lalu dan meningkat de­ngan ketara kepada RM7.1 bilion pada enam bulan kedua.

Jumlah itu menyaksikan pertambahan ketara perbelanjaan rakyat negara ini di platform BNPL iaitu RM2.2 bilion antara separuh pertama dan RM4.9 bi­lion pada separuh kedua tahun lalu.

Senario ini sekali gus menunjukkan kadar hutang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia khusus­nya peringkat usia muda dan pertengahan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, terdapat 5.1 juta pengguna BNPL yang aktif setakat akhir Disember 2024 de­ngan majoriti terdiri daripada golongan berumur antara 21 hingga 45 tahun.

Katanya, kebanyakan pengguna BNPL memiliki pendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.

“Terdapat 5.1 juta pengguna yang aktif setakat akhir Disember 2024 de­ngan majoriti terdiri daripada golongan yang berumur antara 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.

“Bagi separuh tahun kedua 2024, transaksi BNPL berjumlah RM7.1 bilion, me­ningkat dengan ketara berbanding RM4.9 ­bilion bagi separuh tahun pertama 2024,” katanya di Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Musoddak Ahmad mengenai usaha kerajaan bagi mengawal aktiviti agensi pemberi kredit bukan bank seperti perkhidmatan BNPL.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan daripada 3.7 juta pengguna aktif BNPL, 44 peratus pengguna dalam lingkungan usia 21 hingga 30 tahun dan 47 peratus dalam kalangan peringkat umur 31 hingga 45 tahun.

Menurut data Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB), rata-rata pengguna berbelanja sekitar RM40 hingga RM500 antaranya melibatkan urusan pembayaran makanan dan minuman, hiburan dan perkhidmatan komersial.

Amir Hamzah berkata, jus­teru itu Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan diwujudkan bagi mengawal selia per­khidmatan BNPL yang menyaksikan penggunaan ketara dalam kalangan rakyat Malaysia sejak kebelaka­ngan ini.

Beliau berkata, suruhanjaya itu merupakan antara rangka kawal selia BNPL oleh pihak kerajaan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kredit Pengguna yang bakal diluluskan di Parlimen kelak.

Katanya, undang-undang itu merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mempertingkatkan perlindungan ke atas pengguna kredit di Malaysia.

“Di bawah Akta Kredit Pengguna kelak, penyedia BNPL mesti mematuhi piawaian etika dan standard pelakuan seperti yang ditetapkan termasuk ketelusan dalam yuran dan caj, terma kredit yang adil dan memberi peringatan yang kerap kepada peminjam mengenai pembayaran yang perlu diselesaikan.

“Sekiranya RUU ini diluluskan, ia akan ditadbir satu badan berkuasa berwibawa baharu iaitu Suruhanjaya Kredit Pengguna di bawah Kementerian Kewangan.

“Kementerian membuat baca­­an kali pertama bagi RUU Kredit Pengguna di Dewan Rak­yat pada 4 Mac dan di­cadangkan dibentangkan pada mesyuarat yang akan datang,” katanya.

Menerusi RUU itu, pemberi kredit dan pemberi perkhidmatan kredit dikehendaki mematuhi keperluan pelakuan bagi memastikan mereka me­ngamalkan pemberian dan perkhidmatan kredit yang bertanggungjawab dan adil bagi melindungi pengguna kredit. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 02:24 PM | Show all posts
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah pakai ini beli dulu byr kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu hutanglah bingai!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 02:04 AM | Show all posts

berbaloi sis. contoh :
Tayar 205 / 55 /16
cash RM 180 - jenama china - secondhand.
BNPL RM 250 - jenama thailand - new - bayar 12 kali.

minyak hitam / minyak gearbox pun kena cari yang bengkel
boleh bayar harga upah sahaja. Upah tu bayar cash.
yang harga barang tu guna BNPL. stok terus utk setahun
satu Minyak hitam & oil filter tahan 6 bulan.
so stok 2 botol minyak hitam & 2 oil filter utk setahun terus.

utk repair wiring rumah , tukar tiles , tambah bilik rumah , tambah tandas
buat pipe baru , tambah tangki air . berbaloi guna BNPL

BNPL jadi bodoh guna bila :
a) belanja makan .
b) beli barang dapur
c) Repair gajet @ komputer
d) Beli gajet @ komputer.
e) beli makanan kucing / anjing.
f) Beli aircon
g) servis aircon.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 09:23 AM | Show all posts
kebanyakan penggunanya ialah penjawat awam yg telah dipancung pencennya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2025 09:25 AM | Show all posts
ada tak sewa rumah buy now pay later ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 09:32 AM | Show all posts
Edited by A-Are at 13-3-2025 01:35 AM

ikut jenis orang...ada org yg jenis berbarang hanya bila berhutang..BNPL zaman sekarang agak bagus sebab 0% interest up to 6month...which kalau pakai Credit card pon ada je installment macam ni sometime up to 24months cumanya kadang ada minimum amount la....ada certain benda mmg xboleh beli segedebuk tp mampu je bayar kalau ansuran instead of xbeli nnt tah kemana mana abes jugak duitnya...unleast u mmg pandai menyimpan cukup duit beli cash terus which is rare...i ols baru masuk rumah, byk beli barang rumah guna BNPL...tao2 da pakai dekat 7ribu...sepatutnya abes bayar after 12months tp iols manage tu bayar habes selepas bulan ke 5..sebab kadang tu kita ada duit tp duit tu masuk maybe lagi 5month tp at the same time kita sgt memerlukan certain2 barang untuk digunakan..so dgn BNPL ni lah sgt membantu...sekian komen iols berkaitan BNPL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2025 09:43 AM | Show all posts
gigahertz replied at 13-3-2025 02:04 AM
berbaloi sis. contoh :
Tayar 205 / 55 /16
cash RM 180 - jenama china - secondhand.

iols beli aircond. since 0% installment. 440 sebulan ok la pada iols.yang penting bayar before due and keep track segala hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 09:44 AM | Show all posts
A-Are replied at 13-3-2025 09:32 AM
ikut jenis orang...ada org yg jenis berbarang hanya bila berhutang..BNPL zaman sekarang agak bagus s ...

ye betul, BNPL ni membantu bagi orang yang terdesak nak beli barang.
cash tu bukan takde, ada. tapi untuk emergency case.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 09:48 AM | Show all posts
i punya handphone dah ada 5 line hijau dekat screen, tengah fikir sama ada nak tukar baru atau tunggu sampai tak boleh guna baru nak tukar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 13-3-2025 09:25 AM
ada tak sewa rumah buy now pay later ?

Baca kat thread ppr few days ago... pay much much later, like 20 yrs down the road pun tak penah bayar sewa rumah ppr...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa this BNPL issues sama dengan % gi letak emas kat arrahnu ke apa nama tu... i pernah terbaca the "cost" of simpan is very high.. dia justify as cost upah simpan walhal its the "yislamic" way of justifying riba yang tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 09:54 AM | Show all posts
lil_honey replied at 13-3-2025 01:44 AM
ye betul, BNPL ni membantu bagi orang yang terdesak nak beli barang.
cash tu bukan takde, ada. ta ...

ya..daripada ambik personal loan yg interest byk tu baiklah guna BNPL...the best thing kalau beli shoppee, lg mahal harga barang lg byk voucher which mmg xkan dapat sebanyak tu dari kedai fizikal...so kadang2 voucher yg diberi tu boleh bayar interest dari BNPL in case yg pilih lebih dr 6bulan..kena pandai2 la membeli menang memakai..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 10:21 AM | Show all posts
Bila la depa nk up aku punya limit?
Mcm nak beli Baju Raya jenama Moon Star.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 10:28 AM | Show all posts
part kena verify ic segala tu yg aku maleh. sudahnya tak buat pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 1.021724 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list