CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4786|Reply: 0

[Sabah] SMJ Energy peroleh hak penyertaan 15 peratus eksplorasi minyak, gas

[Copy link]
Post time 19-2-2025 04:37 PM | Show all posts |Read mode


PERJANJIAN: Dionysia (tengah), bersama Bacho merakamkan kenangan bergambar dengan wakil SMJ Energy, PETRONAS, PCSB dan INPEX selepas majlis menandatangani perjanjian itu.

KOTA KINABALU: Anak syarikat kerajaan negeri iaitu SMJ Energy Sdn Bhd berjaya memperoleh hak penyertaan sebanyak 15 peratus bagi aktiviti eksplorasi minyak dan gas di Pantai Timur Sabah.

Menurut kenyataan SMJ Energy, bagi penyertaan aktiviti berkenaan, syarikat itu menandatangani dua perjanjian melibatkan Blok Eksplorasi SB306A dan SB306B di luar pesisir pantai timur negeri ini.

Menurutnya, SMJ Energy memperoleh hak penyertaan sebanyak 7.5 peratus bagi setiap blok yang terdiri daripada hak bebas dari INPEX dan hak Back-In daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB).

Katanya, SB306A dioperasikan oleh INPEX, yang memegang 50 peratus Kepentingan Penyertaan (PI), manakala PCSB memegang 42.5 peratus PI dan SMJ Energy dengan 7.5 peratus PI.

"Bagi SB306B, PCSB bertindak sebagai pengendali dengan 50 peratus PI, manakala INPEX memegang 42.5 peratus PI dan SMJ Energy memegang 7.5 peratus PI.

"Di bawah hak 'Free Carry' dan 'Back-In', SMJ Energy tidak menanggung risiko eksplorasi dan akan membuat keputusan sama ada untuk melaksanakan hak penyertaan berkenaan bergantung kepada kejayaan eksplorasi dan pertimbangan komersial lain," menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.

Majlis menandatangani perjanjian itu dibuat pada Malaysia Bidding Round 2024 (MBR2024) Award Signing Ceremony di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif SMJE, Dr Dionysia Kibat, menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi block SB306A dan SB306B bersama wakil daripada PETRONAS dan INPEX.

Acara itu menandakan rundingan eksplorasi tambahan di Sabah yang disertai SMJE selepas penyertaan dalam aktiviti eksplorasi pertamanya pada 15 Februari 2023 di blok SB409, diikuti blok SB403 pada 23 Januari 2024, di kawasan luar pantai, Pantai Barat Sabah.

SMJE turut memegang 50 peratus kepentingan penyertaan (PI) di PSC Samarang, 25 peratus kepentingan di loji petrokimia Sabah Ammonia Urea (SAMUR) dan 10 peratus kepentingan dalam PETRONAS LNG9 Sdn Bhd.

Syarikat itu juga memiliki 100 peratus kepentingan dalam Sabah International Petroleum (SIP), yang kini sudah bebas daripada masalah hutang dan menjana aliran tunai yang kukuh menerusi operasi Simpanan Pengeluaran Terapung dan Offloading (FPSO) selain Unit Simpanan Terapung (FSO).

SMJE yang ditubuhkan pada 10 November 2021 mengisytiharkan dividen berjumlah RM110 juta bagi 2023 dan 2024.

Turut hadir, Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia PETRONAS, Datuk Bacho Pilong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049573 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list