KUCHING: Seorang wanita berusia 30 tahun dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah menyalahguna dadah.
Majistret Mason Jaro Lenya Barayan turut memerintahkan Sania Hamilton yang tidak diwakili peguam, untuk menjalani pengawasan selama dua tahun.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan pengawasan serta-merta untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan pada 22 April 2024 sekitar jam 4.45 petang.
Dia disahkan positif Amphetamine dan Methamphetamine yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
|