CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8804|Reply: 0

Nenek mencuri kerana mahu tinggal di penjara

[Copy link]
Post time 3-2-2025 11:32 AM | Show all posts |Read mode


Tokyo: Seorang nenek di Jepun sengaja melanggar undang-undang dengan mencuri kerana mahu hidup secara percuma di penjara.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, kisah itu berlaku di Penjara Wanita Tochigi dekat utara Tokyo, Jepun. Ia sebuah kemudahan yang menempatkan kira-kira 500 banduan, dengan satu daripada lima daripadanya adalah warga emas.

Kakitangan di penjara itu menawarkan bantuan kepada warga emas dengan aktiviti asas seperti mandi dan makan, menjadikannya seperti rumah jagaan.

Rutin harian di kemudahan itu diatur dengan ketat, dengan banduan bangun seawal 6 pagi dan lampu dipadam pada 9 malam.

Seorang wanita berusia 81 tahun, hanya dikenali sebagai Akiyo, yang dipenjarakan dua kali kerana mencuri, berasa selesa tinggal di sebalik tirai besi.

"Terdapat orang yang sangat baik di penjara ini. Mungkin hidup ini adalah yang paling stabil bagi saya," katanya.

Akiyo pertama kali dipenjarakan kerana mencuri makanan pada usia 60-an.

Oleh kerana bergantung semata-mata dengan wang pencen tidak seberapa dan masuk setiap dua bulan, Akiyo terdesak hingga mencuri makanan lagi.

"Saya membuat keputusan yang tidak baik dan mencuri, memikirkan ia akan menjadi isu kecil.

"Jika saya stabil daripada segi kewangan dan mempunyai gaya hidup yang selesa, saya pasti tidak akan melakukannya," katanya.

Akiyo juga mengalami kekurangan sokongan keluarga.

Sebelum dipenjarakan, Akiyo tinggal bersama anak lelakinya berusia 43 tahun, yang sering menyatakan hasrat supaya wanita itu keluar dari rumah.

"Saya rasa seperti tidak kisah lagi apa yang berlaku. Saya fikir, tiada guna saya hidup dan hanya mahu mati," katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Akiyo dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukumannya, tetapi dia bergelut dengan rasa malu dan takut dengan pandangan anaknya.

"Saya takut bagaimana pandangan anak saya. Bersendirian adalah perkara yang sangat sukar, dan saya berasa malu bahawa saya akhirnya berada dalam situasi ini.

"Saya benar-benar merasakan bahawa jika saya mempunyai kemahuan yang lebih kuat, saya boleh menjalani kehidupan yang berbeza, tetapi saya terlalu tua untuk melakukan apa-apa mengenainya sekarang," katanya.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.038432 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list