CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9713|Reply: 0

[Sarawak] BBP Sibu bantu pesakit obesiti dapatkan rawatan di hospital

[Copy link]
Post time 3-2-2025 10:55 AM | Show all posts |Read mode


Seramai empat anggota bomba dari BBP Sibu Jaya dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.37 petang

SIBU: Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikerahkan bagi membantu mengangkat seorang pesakit obesiti di kediamannya di Jalan Pulau Dudong Kanan 1, di sini, untuk mendapatkan rawatan di hospital pada petang Ahad.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.37 petang daripada orang awam yang meminta bantuan untuk mengangkat pesakit ke dalam kenderaan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Seramai empat anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai dan tiba pada jam 5.49 petang.

“Operasi pemindahan pesakit dimulakan dua minit kemudian," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bomba berjaya mengangkat pesakit ke dalam kenderaan sebelum dihantar ke hospital oleh pihak keluarga.

"Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 6.15 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 7.05 malam," tambahnya.


Anggota bomba membantu mengangkat pesakit sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.042254 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list