Bomba melakukan pemantuan di kawasan berisiko banjir sekitar Sibu.
SIBU: Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan beberapa jalan utama di sekitar Sibu dilimpahi air, sekali gus menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata pihaknya menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir bagi menilai keadaan semasa.
Antara jalan yang terjejas termasuk Jalan Kong Yit Khim/Stabau (dua kaki), Jalan Ling Kai Cheng (tiga kaki, tidak dapat dilalui kenderaan) dan Jalan Pasai Siong (satu kaki, tidak dapat dilalui kenderaan).
Bagaimanapun, tiada laporan pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan keadaan masih terkawal.
Pasukan bomba terus bersedia dengan pemantauan rapi menggunakan motosikal di kawasan terjejas.
"Cuaca ketika rondaan adalah cerah dan paras air sungai menunjukkan trend penurunan.
“Namun penduduk dinasihatkan agar berwaspada dan segera menghubungi pihak bomba sekiranya berlaku kecemasan," katanya.
|