CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29114|Reply: 0

[Johor] 44 negara sertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

[Copy link]
Post time 1-2-2025 06:19 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Sebanyak 44 negara mengesahkan penyertaan dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang yang bakal berlangsung di Bukit Layang-Layang di sini pada 12 hingga 16 Feb ini.

Presiden Majlis Pelayang Malaysia (MPM) Datuk A Rahim Nin berkata, acara berprestij yang memasuki edisi ke-27 penganjurannya itu turut menyaksikan tiga penyertaan baharu iaitu dari La Reunion (kepulauan di Lautan Hindi), Tasmania dan Tahiti, dengan keseluruhan 376 peserta antarabangsa dan tempatan mengambil bahagian.

"Acara utama festival adalah persembahan pelbagai bentuk layang-layang moden dan tradisional peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Turut diadakan pertandingan wau dan layang-layang naik dan sobek, selain galeri khas untuk pameran layang-layang dari pelbagai negara.

"Kita menganggarkan lebih 500,000 pengunjung akan hadir ke festival yang bertemakan Stay Clean Enjoy Fly ini," katanya pada sidang media di Menara Aqabah, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Setiausaha MBPG Abdul Malek Mohamed.

A Rahim yang juga Yang Dipertua Persatuan Pelayang Johor berkata majlis perasmian festival yang akan diadakan di Astaka Tradisional, Bukit Layang-Layang itu dijadual disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 8 malam, 15 Februari ini.

Menyedari festival tersebut mendapat sambutan pelbagai negara dan peserta tempatan, beliau berkata pihak kerajaan negeri bersetuju untuk mengadakan festival layang-layang di peringkat kebangsaan pada Oktober ini.

"Selepas ini, festival layang-layang akan dijalankan dua kali setahun iaitu di peringkat sedunia dan peringkat kebangsaan dengan penganjuran bagi kedua-dua acara itu akan dapat dibuat pada sekala lebih besar dan meriah," katanya.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang dianjurkan sejak 1995, dengan pelbagai negara mengambil bahagian seperti Indonesia, China, Singapura, Thailand, England, Australia, Portugal dan Argentina selain disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Sementara itu, A Rahim memaklumkan bersempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN, kerajaan Perlis bersetuju menganjurkan festival layang-layang peringkat ASEAN yang dijangka diadakan pada Mei ini melibatkan penyertaan 10 negara anggota.

"Kita juga akan berkolaborasi dengan kerajaan Perlis melalui penganjuran Fiesta Layang-Layang Antarabangsa Perlis pada 18 Feb, selain terlibat dengan penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Satun, Thailand pada 20 hingga 23 Feb," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.475430 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list