CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26173|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 3 wira terima Anugerah Khas Tentera Darat

[Copy link]
Post time 1-2-2025 06:06 PM | Show all posts |Read mode


PENERIMA anugerah Pisau Tentera Darat, Ahmad Fauzan (kiri) dan V Thamaraj (tengah) dan Mohd Nor Khalid pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 201/2924 dan Wanita Siri 49/2024 di PUSASDA. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

Port Dickson: Tiga anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima anugerah khas berupa 'pisau' tentera darat sebagai pengiktirafan kerana mempamerkan kecemerlangan selain tindakan berani mereka.

Mereka ialah Sarjan V Thamaraj, 29, Sarjan Ahmad Fauzan Abd Hadi, 33, dan Staf Sarjan Mohd Nor Khalid, 41.

Anugerah disampaikan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 201/2024 dan Wanita Siri 49/2024 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, pagi tadi.

Thamaraj yang bertugas dalam Kor Polis Tentera Diraja melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pesilat berbangsa India pertama yang meraih pingat emas dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Disember 2024.

Katanya, dia tidak menyangka menerima anugerah itu yang disifatkan antara pencapaian terbaik buatnya sepanjang berkhidmat dalam tentera.

"Pada mulanya, saya aktif dalam Taekwondo sebelum beralih kepada silat kerana tertarik dengan seni mempertahankan diri ini yang mempunyai kelainan tersendiri dan ada ciri kepahlawanan, sesuai sebagai anggota tentera.

"Terima kasih kepada ATM, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia yang memberi peluang kepada saya. Sasaran menjadi juara dunia sudah tercapai namun ia akan diteruskan," katanya yang menjadikan ratu silat negara yang juga jurulatihnya, Siti Rahmah Mohamed Nasir sebagai idola.

Ahmad Fauzan pula menyifatkan penyertaan rakannya itu dalam seni bela diri terbabit secara tidak langsung membuka mata kaum lain bahawa silat juga antara simbol penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

"Terima kasih juga kepada semua atas anugerah ini. Ia juga penghargaan kepada semua seperti keluarga, jurulatih serta rakan seangkatan," katanya yang bertugas di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja.

Sementara itu, bagi Mohd Nor yang bertugas dalam Pasukan 41, Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) di Kem Sungai Buloh, dia tidak menyangka terpilih menerima anugerah berkenaan pada saat akhir perkhidmatannya.

"Saya terharu apabila diberi anugerah seumpama ini, lebih-lebih lagi saya akan bersara pada April ini.

"Pada November lalu, saya dinaikkan pangkat dan tahun ini, saya terima anugerah tertinggi ini.

"Anugerah Khas ini saya terima kerana menyelamatkan empat remaja daripada lemas di sebuah tasik di Puncak Alam, Selangor pada 24 November tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, 1,339 perajurit muda berjaya menamatkan latihan pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda bagi pengambilan kali ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.331230 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list