CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11478|Reply: 0

Terkejut pesawat disambar petir

[Copy link]
Post time 29-1-2025 07:53 AM | Show all posts |Read mode

Petir menyambar bahagian ekor pesawat. - The Sun UK


SAO PAULO, BRAZIL – Satu video tular memaparkan sebuah pesawat milik syarikat penerbangan British Airways dipanah petir, lapor laman berita MailOnline kelmarin.

Rakaman dimuat naik di laman sosial itu menunjukkan pesawat jenis Airbus A350-1041 berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paulo Guarulhos, Brazil pada Jumaat lalu.

Seorang penumpang, Bernhard Warr yang menunggu untuk menaiki penerbangan tersebut, pada awalnya mahu merakam gambar pesawat berlatarbelakangkan langit gelap serta guruh berdentum.

“Saya bernasib baik kerana petir menyambar betul-betul di hadapan saya,” katanya.

Rakaman Warr menunjukkan pesawat itu berada di pintu pelepasan dengan sekurang-kurangnya seorang kakitangan lapangan terbang berdiri di sebelahnya.

Secara tiba-tiba, petir muncul dari langit dan menyambar ekor pesawat terbabit.

Berikutan kejadian itu, pesawat berkenaan perlu menjalani pemeriksaan keselamatan dan penerbangan Warr ditunda selama enam jam. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033026 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list