CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11415|Reply: 0

[Sarawak] Kawasan perumahan Menteri Pengangkutan Sarawak antara terjejas tanah runtuh di Miri

[Copy link]
Post time 29-1-2025 07:52 AM | Show all posts |Read mode


Lee meninjau kawasan tanah runtuh yang menghalang laluan jalan keluar masuk ke kawasan kediaman di Jalan Woodhouse, Luak di Miri hari ini.

MIRI: Kawasan berhampiran kediaman Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, di Jalan Woodhouse, antara yang turut terjejas dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Miri hari ini.

Insiden tanah runtuh di Miri juga berlaku di kawasan Kampung Lereng Bukit, awal pagi tadi.

Sementara itu, di Jalan Woodhouse di Luak, tanah runtuh yang berlaku telah menjejaskan laluan keluar masuk penduduk di kawasan tersebut.

Lee dalam kenyataan medianya hari ini memberitahu, sekitar jam 9 pagi tadi beliau dimaklumkan oleh jiran bahawa tanah runtuh berlaku di kawasan perumahan mereka.

Beliau kemudian segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dan memaklumkan agensi-agensi berkaitan, termasuk Majlis Bandaraya Miri dan Jabatan Kerja Raya, untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera.

Kini, laluan di Jalan Woodhouse telah dibersihkan dan boleh dilalui semula.

Sebagai langkah pencegahan, Lee turut meminta Pejabat Residen Bahagian Miri, supaya mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri bagi merancang tindakan lanjut.

Jawatankuasa ini telah mengaktifkan bilik gerakan untuk menangani isu-isu seperti banjir dan tanah runtuh akibat hujan luar biasa tahun ini, yang dilaporkan dengan jumlah taburan hujan jauh lebih tinggi berbanding 10 tahun sebelumnya.

Lee dalam pada itu, turut mengingatkan penduduk di kawasan terjejas, terutama di kawasan berbukit, agar lebih berhati-hati memandangkan tanah yang lembut meningkatkan risiko tanah runtuh.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi pihak bomba atau polis sekiranya berlaku kecemasan.

Katanya, keselamatan orang awam harus menjadi keutamaan, dan penduduk dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dalam menghadapi musim hujan yang luar biasa ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.904794 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list