CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8902|Reply: 0

Trump mahu bina sistem ‘Iron Dome’ untuk Amerika Syarikat

[Copy link]
Post time 29-1-2025 07:37 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR menunjukkan misil yang digunakan dalam sistem pertahanan Iron Dome Israel di bandar Haifa. – AFP


WASHINGTON – Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif semalam untuk memulakan perancangan sistem pertahanan udara ‘Iron Dome’ di Amerika Syarikat (AS), seperti yang digunakan Israel bagi memintas beribu-ribu roket.

Trump mengarahkan setiausaha negara supaya menyerahkan pelan pelaksanaan ‘perisai pertahanan peluru berpandu generasi akan datang’ itu dalam masa 60 hari

Ia bertujuan melindungi AS daripada misil balistik, hipersonik dan kruz termasuk pembangunan pemintas misil di angkasa lepas.

Semasa kempen pilihan raya 2024, Trump berulang kali berjanji untuk membina sistem pertahanan udara Iron Dome untuk AS seperti di Israel.

Bagaimanapun, beliau tidak mengendahkan bahawa sistem tersebut direka bagi menangkis misil jarak dekat, menyebabkan ia sukar melindungi daripada serangan peluru berpandu rentas benua yang menjadi ancaman utama AS.

“Sejak lebih 40 tahun lalu, ancaman daripada senjata strategik generasi akan datang menjadi lebih sengit dan kompleks,” demikian menurut perintah eksekutif Trump.

Israel menggunakan sistem Irone Dome untuk menembak jatuh roket yang dilancarkan musuh ketatnya, Hamas di Semenanjung Gaza dan kumpulan Hezbollah di Lebanon. – AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070217 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list