CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1671|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suspek ragut wanita warga emas diberkas

[Copy link]
Post time 29-1-2025 02:19 AM | Show all posts |Read mode
Suspek ragut wanita warga emas diberkas

28 Januari 2025 04:32pm





Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah tiga hari selepas kejadian. Foto hiasan




KANGAR - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Batu Pahat, Kampung Syed Omar, di sini, tiga hari selepas kejadian.

"Ketika serbuan, suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya diberkas," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kejadian ragut itu berlaku pada jam 9.45 pagi ketika mangsa berusia 75 tahun berjalan kaki berseorangan melalui lorong kecil berhampiran Bukit Lagi, sebelum dihampiri suspek yang menaiki motosikal dari arah belakang lalu meragut beg tangannya.


"Beg tangan mangsa mengandungi wang tunai RM200, telefon bimbit jenis Oppo A96 dan kunci rumah. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Yusharifuddin berkata, lelaki terbabit didapati memiliki lapan rekod jenayah dan dadah sejak 2011 termasuk tiga kes ragut yang berlaku di sekitar Kangar.


Lelaki itu yang positif terhadap dadah jenis methamphetamine, katanya kini direman hingga 31 Jan ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/709732/berita/semasa/suspek-ragut-wanita-warga-emas-diberkas



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.043218 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list