CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2255|Reply: 0

[Perlis] Polis bongkar sindiket edar dadah guna kurier

[Copy link]
Post time 29-1-2025 01:15 AM | Show all posts |Read mode
Polis bongkar sindiket edar dadah guna kurier

Oleh Aizat Sharif - Januari 28, 2025 @ 4:26pm [email protected]




Polis merampas dadah jenis ganja seberat 16.6 kilogram bernilai lebih RM50,000 yang cuba diedarkan ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia menggunakan perkhidmatan penghantaran kurier di Padang Besar. - Foto ihsan polis





PADANG BESAR: Polis membongkar taktik pengedaran dadah menggunakan syarikat kurier selepas merampas empat kotak mengandungi dadah jenis ganja seberat 16.6 kilogram bernilai lebih RM50,000 di Padang Besar pada minggu lalu.

Dalam kejadian pada 22 Januari itu juga, polis menahan seorang penganggur berusia 21 tahun dari Kangar yang dipercayai terbabit menyeludup dadah menggunakan taktik berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin, berkata kejadian berlaku pada kira-kira jam 3.30 petang apabila risikan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar mengesan seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan apabila mundar mandir di sekitar kawasan Bulatan Padang Besar.

"Suspek kemudian dipercayai menerima empat kotak berwarna putih dipercayai mengandungi dadah daripada sindiket penyeludupan dadah di sempadan Malaysia-Thailand dan anggota kita segera mengekori suspek yang kemudian membawa kotak berkenaan ke sebuah syarikat kurier.

"Suspek yang masih bujang itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Melayu Padang Besar dan pada masa sama, anggota polis lain berjaya menyekat penghantaran kotak berkenaan yang dipercayai masih berada di syarikat kurier itu untuk pemeriksaan.

"Pemeriksaan lanjut pada empat kotak itu menjumpai ketulan mampat dan cecair disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 16.6 kilogram bernilai RM51,646 yang akan dikirimkan kepada rangkaian sindiket dadah di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Baderulhisham berkata, bekalan dadah berkenaan diseludup dari Songkhla, Thailand dan akan dipasarkan ke seluruh negara berdasarkan tempahan rangkaian sindiket dadah di negara ini.

"Kita percaya sindiket ini sudah aktif sejak 2023 dan mereka menggunakan modus operandi dengan mengupah warga tempatan sebanyak RM800 untuk menghantar kotak kepada pelanggan.

"Sindiket ini menggunakan kurier kerana kebanyakan syarikat kurier tiada alat pengimbas untuk mengetahui isi kandungan barang dalam kotak dan bekalan ganja itu dipercayai untuk pasaran seluruh negeri di Semenanjung mengikut tempahan.

"Bekalan ganja dirampas ini boleh digunakan seramai 33,320 penagih dadah di negara ini," katanya.

Beliau berkata, saringan ujian air kencing suspek mendapati positif dadah jenis ketamine.

"Suspek bertindak sebagai penghantar kotak dadah ke syarikat kurier, malah dia juga dipercayai berperanan aktif dalam aktiviti pengedaran disebabkan suspek tahu isi kandungan kotak itu.

"Suspek direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Selain itu, polis turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Hak) 1988 dengan menyita aset milik sindiket dianggarkan bernilai RM50,000.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1354787/polis-bongkar-sindiket-edar-dadah-guna-kurier





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.091649 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list