CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1534|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan MADANI berusaha keras tingkat sosioekonomi negara

[Copy link]
Post time 28-1-2025 04:32 PM | Show all posts |Read mode


Ling (dua kanan) ditemani Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man mengagihkan buah limau mandarin ketika kunjungan ke beberapa pasar baru-baru ini.

MIRI: Kerajaan MADANI akan terus berusaha keras meningkatkan sosioekonomi Malaysia, kata  Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling.

Menurut Ling, kerajaan persekutuan kini semakin stabil dan terus memperlihatkan kemajuan berbanding beberapa tahun lalu.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bergiat aktif melakukan lawatan ke luar negara untuk menarik pelaburan asing, di mana kestabilan politik adalah syarat utama untuk untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI),” jelasnya hari ini.

Ling turut menekankan kepentingan perkembangan teknologi, khususnya dalam era kemajuan pesat di mana kecerdasan buatan (AI) semakin berkembang pada masa kini dan Malaysia berusaha untuk tidak ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi tersebut.

“Malaysia juga perlu peka akan pentingnya kemajuan dalam bidang teknologi kerana negara kita perlu bersaing di peringkat global,” tambahnya.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN 2025 harus memanfaatkan peluang untuk memainkan peranan lebih signifikan dalam rundingan antara negara-negara anggota ASEAN yang dijangka memberi manfaat besar kepada negara kita.

“Malaysia melancarkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, yang dijangka akan membawa impak besar dalam industri pelancongan negara,” tambah Ling.

Dalam kesempatan itu, Ling menyeru rakyat agar terus memberi sokongan kepada kerajaan Madani untuk kita terus bersama-sama berganding bahu membangunkan tanah air yang tercinta.

“Walaupun Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini merupakan pembangkang di peringkat negeri, kami akan terus memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada rakyat Sarawak khasnya melalui sumber daripada kerajaan persekutuan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.083890 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list