CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3455|Reply: 0

[Sarawak] 8,000 penduduk terjejas banjir di daerah Tatau dibantu

[Copy link]
Post time 28-1-2025 01:25 PM | Show all posts |Read mode


John Sikie (tiga kiri) menyampaikan bantuan kepada mangsa terjejas banjir di PPS Rumah Steven Jeli di Tatau hari ini.

BINTULU: Sekitar 8,000 penduduk di lima kawasan utama dalam daerah Tatau iaitu Penyarai, Kakus, Nanga Tau, Muput dan Ulu Anap yang terputus hubungan dengan dunia luar akibat banjir besar yang melanda akan dibantu, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata, perancangan penghantaran bekalan makanan bagi kawasan terputus hubungan dirancang menggunakan helikopter Unit Udara Bomba yang dijangka bermula esok yang melibatkan sekitar 100 penempatan.

"Operasi penghantaran makanan yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPD) Tatau dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau Sebauh ini bermula sejak dua hari lepas," jelasnya semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven Jeli di Tatau hari ini.

Setakat ini katanya, sebanyak 572 pek makanan disalurkan kepada kesemua mangsa terjejas dan ia akan diteruskan ke kawasan lain yang terjejas akibat bencana berkenaan dari semasa ke semasa.

"Bagi kawasan yang terjejas namun masih belum mendapat bantuan makanan saya berharap penduduk bersabar kerana kita memerlukan sedikit masa lagi,” ujarnya.

Beliau berkata bantuan bekalan makanan yang tidak dapat dihantar melalui jalan raya dan sungai akan dihantar menggunakan perhidmatan udara oleh bomba yang juga bergantung kepada keadaan cuaca.

Selain itu katanya, beliau berharap setiap rumah panjang yang telah diwartakan sebagai PPS dicadangkan dibina sebuah dewan demi keselesaan penduduk yang dipindahkan.

"Saya akan mengemukakan cadangan ini melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061400 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list