CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2241|Reply: 0

[Sabah] Penduduk terjejas banjir, dapat bantuan segera daripada ADUN Liawan

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:25 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Erick (kanan) mewakili Annuar menyerahkan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di Kampung Kauran.

KENINGAU: Penduduk Kampung Kauran yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini menzahirkan rasa syukur kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman kerana menyumbangkan bakul makanan berupa keperluan asas kepada mereka terlibat.

Sumbangan itu disampaikan Skuad Wiramuda STAR Liawan, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan, Addy Adzra Jasni, dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau, Erick Takun.

Pasukan itu berganding bahu bagi memastikan bantuan daripada wakil rakyat itu sampai ke tangan penduduk yang memerlukan dengan segera.

Dalam kenyataan Annuar, beliau menegaskan bahawa pihaknya komited untuk terus membantu dan mencari penyelesaian kepada masalah banjir yang kerap melanda Kampung Kauran, terutama pada musim hujan lebat.


BANTU: Salah seorang mangsa banjir menerima sumbangan bekalan air minuman.

"Kami tidak pernah berhenti berusaha untuk menangani isu banjir yang sering menghantui penduduk. Beberapa langkah telah diambil, termasuk kerja-kerja pembersihan sungai, penstabilan tebing, dan menaik taraf infrastruktur kritikal.

"Melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Keningau, dua jambatan utama termasuk jambatan di jalan utama Keningau-Tenom, akan dinaik taraf dalam masa terdekat. Langkah ini diharap dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan terjejas," katanya.

Beliau turut menyeru penduduk untuk kekal tabah dan bersabar menghadapi dugaan itu, sambil menegaskan bahawa kesejahteraan penduduk sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

“Projek-projek yang dirancang adalah sebahagian daripada usaha penyelesaian jangka panjang. Namun, kejayaannya memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak. Kami akan terus berusaha demi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

Kampung Kauran telah lama bergelut dengan ancaman banjir kilat setiap kali hujan lebat. Namun, dengan keprihatinan wakil rakyat (Annuar) serta kerjasama agensi berkaitan, penduduk berharap situasi itu dapat diatasi sepenuhnya.

Langkah berterusan yang diambil diharap bukan sahaja dapat mengurangkan risiko banjir tetapi juga meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat, sekali gus membawa kemajuan kepada Kampung Kauran.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.069459 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list