CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5326|Reply: 2

[Tempatan] KLIA masih dibelenggu masaalah ulat-ulat

[Copy link]
Post time 28-1-2025 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 28-1-2025 02:10 PM

Shah Alam: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sepanjang Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata, setakat ini pihaknya menahan 201 individu yang terlibat menjalankan jenayah perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram di pintu masuk negara dengan menyasarkan warganegara asing.

"Kita (JPJ Selangor) juga melakukan penyamaran dari semasa ke semasa, dan setakat ini kita berjaya kurangkan masalah ulat di KLIA dan pada tahun ini kita akan meningkatkan lagi penguatkuasaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 Terminal Bas di Terminal 17, Seksyen 17 di sini, hari ini.

Mengenai Ops TBC, Azrin berkata, sebanyak 34 kesalahan telah direkodkan daripada 1,701 bas yang diperiksa dengan 25 individu dikenakan tindakan setakat ini hasil pemeriksaan di depoh dan terminal bas di Selangor.

"Kesalahan dikesan antaranya kerana tiada pemandu kedua, memandu di lorong kanan secara berterusan, cermin retak dan tayar haus," katanya.

Beliau berkata dalam mencapai objektif meningkatkan keselamatan dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam, pihaknya memfokuskan operasi kali ini pada aspek teknikal selain turut bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan.

HM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2025 12:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.043267 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list