CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3613|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kes ugutan dikaitkan dengan anak menteri, polis tunggu arahan TPR

[Copy link]
Post time 27-1-2025 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Kes ugutan dikaitkan dengan anak menteri, polis tunggu arahan TPR

Nur Izzati Mohamad[email protected]




HAMZAH (tengah) ketika merasmikan Program Gempur Dadah PDRM Pulau Pinang di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas. FOTO Nur Izzati Mohamad





Kepala Batas: Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis negeri Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan kes dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Kertas siasatan sudah diserahkan kepada kepada pejabat TPR untuk tindakan lanjut," katanya ringkas ketika diminta mengulas berhubung kes ugutan berkenaan.

Terdahulu, beliau ditemui pada Majlis Perasmian Program Gempur Dadah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet.

Razarudin berkata, tindakan itu sekali gus menunjukkan bahawa polis tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

Beliau berkata, polis juga sudah merakam percakapan terhadap semua pihak yang terbabit dalam kes berkenaan.

Sebelum ini tular kes membabitkan anak seorang menteri yang dilaporkan mengugut wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak tujuh minggu lalu.

Kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita itu dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, pada 24 Disember lalu.



Disiarkan pada: Januari 27, 2025 @ 3:53pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1181107/kes-ugutan-dikaitkan-dengan-anak-menteri-polis-tunggu-arahan-tpr




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.067782 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list