CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3799|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ditegah percaya ada kuasa: Mufti

[Copy link]
Post time 27-1-2025 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Ditegah percaya ada kuasa: Mufti

Mahaizura Abd Malik dan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid[email protected]





Datuk Dr Mohd Sukki Othman





Kuala Lumpur: Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman menyifatkan barangan antik dan kejadian mistik sering dikaitkan dengan kepercayaan masyarakat terhadap elemen ghaib.

Menurutnya, kejadian mistik tidak dinafikan wujud dalam Islam kerana ia berkait rapat dengan alam jin, sihir atau perkara ghaib yang disebut dalam al-Quran dan hadis.

Bagaimanapun, Mohd Sukki menggariskan empat perkara untuk memahami isu itu berdasarkan prinsip Islam.

"Pertama, segala kejadian berpunca dengan izin Allah SWT. Apa-apa kejadian, sama ada yang nampak biasa atau luar biasa, hanya berlaku dengan kehendak dan izin Allah SWT.

"Umat Islam ditegah untuk percaya bahawa sesuatu objek atau barang antik mempunyai kuasa tertentu dengan sendirinya. Ini boleh membawa kepada syirik jika mempercayai ia berkuasa seperti Tuhan.

"Kedua, kaitkan mistik dengan peranan jin. Alam jin sememangnya wujud dan jin boleh mempengaruhi manusia melalui gangguan atau sihir. Ada kalanya jin menggunakan medium seperti barangan antik untuk menimbulkan rasa takut atau menyesatkan manusia.

"Oleh itu, Islam mengajarkan perlindungan dengan membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah al-Falaq, surah an-Nas dan ayat Kursi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengumpul dan penjual barangan antik yang mengakui berlakunya kejadian mistik membabitkan barangan antik dijualnya kepada beberapa pelanggan.

Mengulas lanjut, Mohd Sukki berkata, perkara ketiga adalah dengan mengelakkan taasub atau memuja barang.

"Barangan antik biasanya mempunyai sejarah tertentu, tetapi kita tidak boleh taasub atau memujanya.

"Sikap taasub ini boleh membuka ruang kepada perbuatan syirik jika seseorang mempercayai ia memiliki 'keramat' atau kuasa tersendiri," katanya.

Perkara keempat katanya, adalah dengan mengamalkan perlindungan dalam Islam.

"Jika seseorang mendapati dirinya diganggu atau berasa resah selepas memiliki barang antik, mereka dinasihati untuk memperbanyakkan doa, membaca al-Quran dan memohon perlindungan daripada Allah SWT.

"Selain itu, boleh mendapatkan rawatan Islam yang berlandaskan syariat daripada pengamal yang sahih," katanya.



Disiarkan pada: Januari 27, 2025 @ 12:00pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1180991/ditegah-percaya-ada-kuasa-mufti




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.297044 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list