CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3588|Reply: 0

[Sarawak] Tiga agenda utama dalam usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serantau diberi tumpuan

[Copy link]
Post time 27-1-2025 11:42 AM | Show all posts |Read mode


Pegawai Kanan Negara-Negara ASEAN merakamkan gambar bersama. Gambar UKAS

KUCHING: Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan Negara-Negara ASEAN telah berlangsung dengan memberi tumpuan kepada tiga agenda utama dalam usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serantau.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Mastura Ahmad Mustafa, mesyuarat kali ini menilai kemajuan pelaksanaan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) bagi tempoh 2026 hingga 2030, yang merupakan sebahagian daripada dokumen ASEAN Community Vision Post-2025.

Selain itu, senarai Priority Economic Deliverables (PED) untuk tahun ini turut dibincangkan di mana Malaysia telah mengemukakan 18 cadangan PED tanpa sebarang bantahan daripada negara-negara anggota.

“Semua 18 PED yang dikemukakan telah diterima tanpa bantahan dan akan dibentangkan kepada mesyuarat menteri-menteri ekonomi ASEAN pada penghujung Februari untuk kelulusan sebelum diumumkan kepada umum,” katanya memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Sambutan bagi Senior Economics Official Meeting (SEOM) 1/56 di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Mastura turut menekankan bahawa dokumen berkaitan keutamaan tahunan (Annual Priorities) bagi tahun ini telah hampir 100 peratus siap untuk dibentangkan kepada peringkat menteri ekonomi ASEAN.


Mastura bercakap kepada pemberita di Kuching. Gambar UKAS

Dalam mesyuarat tersebut, turut dibincangkan ialah usaha mempercepatkan penyertaan Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN.

“Kami berharap Timor-Leste dapat menyertai ASEAN tahun ini memandangkan permohonan mereka telah dikemukakan hampir sedekad lalu.

"ASEAN kini komited untuk memastikan kesiapan Timor-Leste dalam proses keanggotaan,” tambahnya.

Beliau juga memaklumkan bahawa proses mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang isu besar, dengan negara-negara anggota menunjukkan kesatuan dalam mencapai matlamat ekonomi serantau.

Isu keanggotaan Timor-Leste dijangka akan dibincangkan di peringkat menteri dan sidang kemuncak ASEAN akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.615889 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list