CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3856|Reply: 0

[Sarawak] 21 mangsa banjir di SK Rumah Ranggong dan Rumah Belilie, Ulu Niah dipindahkan

[Copy link]
Post time 27-1-2025 11:32 AM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba Batu Niah menggunakan sebuah bot untuk memindahkan mangsa banjir di SK Rumah Ranggong dan Rumah Belilie semalam.

MIRI: Seramai 21 mangsa banjir di Sekolah Rendah (SK) Rumah Ranggong dan Rumah Belilie, Ulu Niah telah dipindahkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 11.12 pagi.

"Kawalan BBP Batu Niah telah menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan berlakunya kejadian banjir di kawasan SK Rumah Ranggong, Ulu Niah.

"Terdapat seramai 14 orang guru terperangkap di kawasan sekolah dan memohon bantuan pengangkutan untuk membawa mereka keluar ke jalan utama memandangkan laluan ke sekolah berkenaan telah dilimpahi air," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Berikutan itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah respon ke lokasi yang terletak pada jarak 33 kilometer dari balai dan tiba di sana jam 11.46 pagi.

Setibanya di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO)mendapati benar kawasan itu terjejas akibat banjir yang sedalam lapan kaki di SK Rumah Ranggong dan lima kaki di Rumah Belilie, ditambah arus deras serta cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.


Hujan lebat berterusan menyebabkan laluan masuk ke SK Rumah Ranggong dan Rumah Belilie terputus dan tidak dapat dilalui kenderaan.

"Semasa PKO sampai di lokasi, hanya tiga orang penduduk di Rumah Belilie yang mahu berpindah, sementara yang lain memberitahu akan berpindah sendiri menggunakan perahu mereka yang tersedia di perkarangan rumah panjang sekiranya keadaan semakin memburuk.

"Justeru, dalam operasi itu PKO hanya bertindak memindahkan 18 mangsa banjir di SK Rumah Ranggong yang terdiri daripada sembilan orang dewasa dan lima kanak-kanak serta tiga penduduk rumah panjang berkenaan," katanya.

Kesemua mangsa yang mahu berpindah semalam telah dipindahkan ke rumah panjang Rumah Changgai.

Dalam pada itu katanya, semasa melakukan operasi, PKO turut terperangkap di tengah jalan iaitu sebelum jambatan Rumah Sube akibat paras air semakin naik dan tidak boleh dilalui kenderaan.

Berikutan itu, mereka terpaksa berpatah balik ke Rumah Changgai dan akan bergerak balik setelah paras air surut dan boleh dilalui kenderaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.389896 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list