CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4153|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki warga asing ditangkap disyaki terlibat pengedaran dadah

[Copy link]
Post time 27-1-2025 11:03 AM | Show all posts |Read mode


Beberapa paket plastik kecil dan tiub straw lutsinar pelbagai saiz berisi ketula-ketulan kristal disyaki syabu yang dirampas daripada suspek hasil serbuan di sebuah pondok di kawasan Bekenu, petang Rabu lalu.

MIRI: Seorang lelaki warga asing yang disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah berjaya diberkas polis hasil serbuan di sebuah pondok di kawasan Bekenu, Rabu lalu.

Dalam serbuan sama, polis turut merampas dadah disyaki methamphetamine (syabu) seberat 50.20 gram untuk dijadikan barang kes.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, mengesahkan tangkapan dan rampasan berubung kes itu.

Katanya, bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 3.50 petang, 22 Januari lalu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri telah membuat serbuan ke sebuah pondok di kawasan Bekenu.

"Dalam serbuan itu, polis telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 23 tahun untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

"Hasil pemeriksaan lanjut, polis telah merampas sebuah beg silang berwarna hitam yang di dalamnya terdapat lima paket plastik lutsinar pelbagai saiz dan satu bekas berwarna hijau mengandungi 35 keratan tiub straw lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan-ketulan kristal disyaki syabu seberat 50.20 gram," katanya.

Berikutan itu kata Alexson, barang disyaki dadah yang  dianggarkan bernilai RM5,522.00 kemudian dirampas dan suspek ditangkap serta dibawa ke pejabat BSJN Miri untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu katanya, kes disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, boleh disebat tidak kurang dari 12 kali, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret semalam untuk permohonan reman, telah diperintahkan supaya direman selama tujuh hari sehingga 30 Januari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Justeru, Aexson menasihati orang awam yang mempunyai maklumat tentang aktiviti penyalahgunaan dadah supaya segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar kegiatan yang seperti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.055883 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list