CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16623|Reply: 0

[Perlis] Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis

[Copy link]
Post time 27-1-2025 01:24 AM | Show all posts |Read mode
Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis

Oleh BERNAMA - Januari 26, 2025 @ 9:41pm




Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail




KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah mengingatkan umat Islam supaya kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama dalam menghadapi pelbagai persoalan dan cabaran kehidupan.

Baginda bertitah, al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.

"Setiap umat Islam wajib memahami isi kandungannya dan mengamalkan pengajarannya dalam kehidupan seharian, menjadikannya kompas sebenar untuk kehidupan. Al-Quran adalah kitab suci yang penuh dengan mukjizat. Ia harus dirasai semua, tanpa mengira pemahaman mereka terhadap bahasa Arab.

"Kecantikan dan panduan dalam al-Quran mesti dikaji, dihayati dan diterapkan dalam tindakan serta amalan harian kita," titah Tuanku Syed Sirajuddin sempena majlis penutupan Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis (PISC) 2025 di Dewan 2020, di sini, hari ini.

Majlis penutupan itu turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bersama penceramah dan peserta dari enam negara. PISC diadakan bermula Jumaat lalu dengan tema 'Al-Quran: Petunjuk Ilahi'.

Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin juga bertitah, Perlis menekankan komitmen terhadap kepentingan ilmu dan kesahihan fakta, terutama mengenai perkara agama, bagi memastikan pemahaman Islam kekal pada jalan yang benar.

"Negeri ini percaya kesahihan fakta, yang dipandu al-Quran dan sunah, penting untuk menyeimbangkan kehidupan duniawi dan rohani seorang Muslim," titah baginda.

Raja Perlis juga menyorot kejayaan negeri ini menganjurkan acara berasaskan ilmu berskala besar seperti Perkampungan Sunnah dan Konvensyen Sunnah untuk mengukuhkan pemahaman Islam. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1354036/umat-islam-perlu-kembali-kepada-al-quran-sebagai-panduan-utama-raja





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.048843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list