CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15905|Reply: 0

[Kedah] 'Anak meraung, jahitan khatan dibuka berulang kali'

[Copy link]
Post time 26-1-2025 08:56 PM | Show all posts |Read mode
'Anak meraung, jahitan khatan dibuka berulang kali'

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





AHMAD (tengah) dan saudaranya menunjukkan gambar dan laporan polis dibuat susulan tragedi khatan menimpa anaknya. FOTO Zuliaty Zulkiffli.





Alor Setar: Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran terpaksa dibedah selepas alami pendarahan teruk ketika berkhatan di masjid di sini, semalam.

Bapanya, Ahmad Mudzakkir Ahmad Mukri, 37, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu bagaimanapun selamat menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.

Katanya, anaknya menyertai program berkhatan masjid itu dengan bayaran RM50 seorang dan gilirannya pada sebelah petang iaitu ke-48 daripada 50 peserta.

"Prosedur dilakukan oleh doktor tetapi waris tidak dibenarkan masuk melihat. Selepas selesai, doktor minta saya bawa pulang anak.

"Namun, tidak lama selepas itu, bahagian luka pada alat sulit anak mengalami pendarahan dan saya segera maklumkan kepada doktor terbabit serta diminta bawa ke klinik di sini," katanya ketika ditemui hari ini.

Ahmad Mudzakkir berkata, doktor di klinik yang dikunjungi kemudian membuka jahitan dan menjahit semula tetapi masih berlaku pendarahan, sebelum diminta membawa anak ke sebuah lagi klinik di Jitra.

"Pada waktu itu, darah terus mengalir dan saya bimbang melihat keadaan anak semakin lemah. Saya tetap ke klinik di Jitra itu kerana doktor maklum ada mesin untuk berhentikan darah," dakwanya.

Lelaki itu mendakwa, doktor klinik kedua bagaimanapun tidak mampu menghentikan pendarahan menyebabkan anaknya dihantar ke bahagian kecemasan HSB.

"Alhamdulillah keadaan anak nampak baik dan masih dirawat di wad HSB, namun saya belum dimaklumkan lagi punca anak mengalami pendarahan yang teruk itu.

"Saya terkilan kerana anak terpaksa menahan kesakitan apabila luka pada alat sulitnya perlu dijahit dan dibuka berulang kali, malah masih terngiang-ngiang suaranya meraung," katanya.

Berikutan itu, dia sudah pun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan bercadang untuk mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab.

Katanya, ia demi masa depan anak dan sebagai peringatan supaya kes sama tidak berulang terhadap orang lain.



Disiarkan pada: Januari 26, 2025 @ 5:10pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1180801/anak-meraung-jahitan-khatan-dibuka-berulang-kali




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053319 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list