CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23007|Reply: 0

[Perlis] Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM

[Copy link]
Post time 26-1-2025 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM

BERNAMA - Januari 26, 2025 @ 3:30pm







KANGAR: Seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan negeri Perlis yang direman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM132,000 telah dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai membuat tuntutan palsu berkaitan bayaran sagu hati kepada saudara baharu dari 2022 hingga 2024 itu, dilepaskan semalam selepas tempoh reman enam hari berakhir, namun SPRM Perlis masih meneruskan siasatan lanjut.

"Siasatan masih diteruskan, setakat ini belum ada tangkapan baharu," kata sumber itu hari ini.

Pada Selasa lalu, media melaporkan lelaki tersebut berperanan mengumpulkan dokumen saudara baharu dan dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan yang melibatkan 49 saudara baharu dari tahun 2022 hingga 2024.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan bahawa lelaki itu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dan memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1353954/penjawat-awam-di-perlis-dilepaskan-dengan-jaminan-sprm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.178722 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list