CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3782|Reply: 0

AI tidak boleh ganti elemen pembelajaran manusia yang penting - Ketua PBB

[Copy link]
Post time 25-1-2025 09:06 PM | Show all posts |Read mode

Antonio Guterres. Foto AFP

NEW YORK - Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Jumaat berkata bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan elemen penting manusia dalam pembelajaran dan menyeru negara-negara untuk mengekalkan kemanusiaan di tengah-tengah sistem pendidikan, lapor Xinhua.

Dalam mesejnya sempena Hari Pendidikan Antarabangsa yang disambut pada 24 Januari, Guterres menyatakan bahawa kemajuan teknologi pesat hari ini seperti AI, membawa potensi besar untuk menyokong pelajar dari pelbagai peringkat umur sepanjang perjalanan pembelajaran mereka.

"Namun ganjaran luar biasa ini diiringi oleh risiko yang menakutkan. Apabila sistem dipacu AI menjadi lebih berkuasa, niat manusia dan kesan yang didorong oleh mesin boleh dengan mudah tidak sejajar," tambahnya.

Hari Pendidikan Antarabangsa tahun ini mengingatkan bahawa potensi AI hanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan memastikan agensi manusia dan hak asasi manusia di tengah-tengah teknologi yang berkembang pesat ini, kata ketua PBB itu.

"Kecerdasan buatan tidak boleh menggantikan unsur pembelajaran manusia yang penting," Guterres menekankan.

"Pada hari yang penting ini, mari kita komited untuk memastikan manusia kekal sebagai teras sistem pendidikan di mana-mana sahaja." - Bernama-Xinhua


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.073567 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list