CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 837|Reply: 0

Polis Sepanyol tumpas sindiket antarabangsa 'Tian Xia She'

[Copy link]
Post time 25-1-2025 03:16 PM | Show all posts |Read mode


Madrid: Polis Sepanyol pada Jumaat mengumumkan berjaya menumpaskan sindiket antarabangsa dalam pemerdagangan manusia yang menyeludup wanita untuk tujuan pelacuran ke negara itu dan Amerika Syarikat (AS).

Seramai 30 suspek berkaitan sindiket berpangkalan di China itu berjaya ditahan dan 33 mangsa termasuk seorang remaja bawah umur diselamatkan.

Polis berkata, siasatan sudah dimulakan sejak 2022 dan membongkar rangkaian jenayah antarabangsa tersusun dan ganas, berasal dari China dikenali 'Tian Xia She'

Kumpulan itu didakwa memperdaya wanita muda dengan menjanjikan mereka masa depan cerah di Eropah, sebelum menahan mereka untuk dijual kepada jaringan pelacuran di Greece, Sepanyol dan AS.

Mangsa yang semuanya berasal dari Asia dipaksa bekerja sebagai pelacur dalam keadaan yang disifatkan 'hampir seperti hamba abdi.'

Di Sepanyol, mereka dikerah melunaskan hutang hingga 20,000 Eur (kira-kira RM100,000) kepada pemerdagang.

Mangsa turut dipaksa bersedia untuk melayan pelanggan 24 jam sehari tanpa perlindungan kesihatan, dilarang meninggalkan lokasi, malah ada yang diarah menggugurkan kandungan melalui pembedahan.

Selain pemerdagangan manusia, kumpulan sindiket itu turut menjana keuntungan besar menerusi aktiviti penyeludupan manusia dari China ke Eropah melalui Balkan, dengan tujuan menghantar mereka ke AS melalui Amerika Tengah.

Aktiviti pengedaran dadah juga menjadi sumber pendapatan utama sindiket, termasuk menggunakan remaja untuk menjual bahan terlarang seperti ketamin dan dadah 'holy water' yang digunakan untuk mengurangkan kekangan seksual padaharga mencecah 300 Eur (kira-kira RM1,400) setiap dos.

Operasi yang turut membabitkan Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Kesatuan Eropah (Europol) itu membawa kepada penutupan dua lokasi pelacuran dan sebuah fasiliti pemalsuan dokumen.

Sebanyak 14 serbuan dilakukan di Sepanyol, selain satu lagi di Croatia.

Kejayaan operasi itu menjadi tamparan hebat kepada sindiket pemerdagangan manusia yang kejam, sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa yang selama ini hidup terseksa.


Disiarkan pada: Januari 25, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.353723 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list