View: 4624|Reply: 4
|
[Dunia]
Malaysia tidak akan ikuti langkah Amerika Syarikat keluar daripada WHO
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Malaysia tidak akan mengikuti langkah Amerika Syarikat (AS) keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Laman Facebook Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dakwaan Malaysia akan keluar WHO adalah tidak benar.
Laman Facebook tersebut turut menafikan satu sidang media berkenaan Malaysia keluar WHO akan berlangsung hari ini.
“Untuk makluman umum, penulisan oleh blog adalah palsu. Malaysia tidak keluar WHO,” kata laman Facebook berkenaan.
Laman Facebook itu turut memuat naik tangkap layar satu laporan yang mendakwa sidang media Malaysia keluar WHO akan diadakan hari ini.
Beberapa hari lalu, Presiden AS, Donald Trump memaklumkan negara itu akan keluar daripada WHO.
Trump mendakwa, badan kesihatan global itu gagal menguruskan pandemik Covid-19 dan krisis kesihatan antarabangsa lain.
Beliau turut mendakwa WHO tidak bertindak secara bebas daripada pengaruh politik dan mengenakan bayaran tidak adil ke atas AS berbanding negara lain.
Sumber : – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Interesting.
Setakat ni Trump buat la suma yang dia preached kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni keluar UN terus, lagi banyak boleh save.
|
|
|
|
|
|
|
|
Service centre office dia kat Cyber nun |
|
|
|
|
|
|
|
who sebenarnya siapa? who? |
|
|
|
|
|
|
| |
|