CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5496|Reply: 0

[Sarawak] Yuran RM1,854 paling sesuai pastikan pengurusan, infrastruktur berkesan ambil pekerja asing

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:16 PM | Show all posts |Read mode


Gerawat menyampaikan ucapan perasmian semasa taklimat. – Gambar Chimon Upon

KUCHING: Bayaran yuran RM1,854 yang dikenakan di bawah sistem Pendekatan Transformasi Pekerja Asing (FWTA) Sarawak adalah jumlah paling sesuai untuk memastikan pengurusan dan infrastruktur berkesan untuk mengambil pekerja asing, kata Datuk Gerawat Gala.

Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) itu menjelaskan bahawa yuran itu meliputi kos komprehensif untuk melaksanakan ekosistem pengurusan imigresen dan buruh Sarawak.

Ia termasuk pembangunan infrastruktur kritikal, proses pendigitalan, pengeluaran permit dan Kad Pengenalan Pekerja Asing (FWID) serta perkhidmatan lain yang perlu disediakan kepada majikan di seluruh negeri.

“Berdasarkan analisis kos dan faedah yang dijalankan oleh SOCOE dan disahkan oleh agensi kerajaan negeri yang berkaitan mengenai pelaburan yang dibuat dalam pembangunan ekosistem ini, bayaran yang paling sesuai dikenakan kepada majikan dalam pengambilan pekerja asing ialah RM1,854 setiap pekerja.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa yuran ini meliputi kos untuk persiapan, menyediakan, menyelenggara semua infrastruktur yang diperlukan di seluruh negeri untuk menyampaikan perkhidmatan kepada majikan dalam mengambil pekerja asing dan sekali lagi bukan hanya kos untuk yuran pemprosesan yang berkaitan dengan pengeluaran AP (Kelulusan Dalam Prinsip), lesen buruh, VDR (visa dengan rujukan), Sahfis (Sistem Maklumat Kesihatan Warga Asing Sarawak) dan FWID.

"Saya percaya penjelasan ini akan memberikan penerangan yang diperlukan mengenai salah tanggapan bahawa kos yang ditanggung adalah semata-mata untuk yuran pemprosesan dalam permohonan pekerja asing," kata Gerawat dalam ucapan perasmian pada taklimat pelaksanaan sistem FWTA.

Majlis anjuran Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh (Ilmu) di bawah Jabatan Premier Sarawak itu diadakan di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini, hari ini.

Gerawat menambah, sistem FWTA yang beroperasi sejak 15 Januari telah menerima permohonan daripada 287 syarikat.

“Sehubungan itu, saya menggesa industri menghubungi terus meja bantuan sokongan teknikal FWTA jika mereka menghadapi sebarang masalah dalam mengakses sistem. Saya boleh memberi jaminan bahawa tindakan segera akan diambil untuk menangani masalah anda,” katanya.

Beliau juga menggesa industri menggunakan sistem itu secara bertanggungjawab dengan hanya memohon bilangan pekerja asing yang benar-benar diperlukan, kerana kerajaan negeri komited terhadap ketelusan dalam kelulusan kuota.

Melalui sistem itu, Sarawak berhasrat untuk mengekang pekerjaan haram dan meningkatkan penguatkuasaan dengan menggunakan FWID.

Bagi memastikan pematuhan turut diadakan operasi bersama seluruh negeri yang melibatkan Jabatan Imigresen, Jabatan Buruh, polis dan agensi lain.

Beliau menekankan bahawa kerajaan mengalu-alukan maklum balas daripada pemain industri untuk menambah baik sistem itu,  yang matlamatnya untuk mewujudkan persekitaran perindustrian harmoni ketika Sarawak bergerak ke arah menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Saya ingin memberi jaminan kepada industri bahawa kami akan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklum balas yang membina, terutama cadangan tentang bagaimana kami boleh meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan ekosistem pengurusan imigresen dan buruh di Sarawak ketika kami berhasrat untuk menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030,” katanya.

Untuk rekod, yuran di bawah sistem FWTA termasuk RM950 setiap pekerja untuk kuota AP; RM335 setiap pekerja untuk lesen buruh; RM215 setiap pekerja untuk VDR; RM30 setiap pekerja untuk tempahan temu janji dengan Sahfi dan RM324 setiap pekerja untuk pengeluaran FWID, berjumlah RM1,854 setiap pekerja.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.053318 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list