CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2497|Reply: 0

[Sabah] Jalan Kota Kinabalu-Tenom terjejas selepas hujan lebat

[Copy link]
Post time 23-1-2025 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-1-2025 07:59 AM



TMP: JKR memasang papan tanda amaran sebagai TMP di jambatan Jalan Kalang-Simpangan di Tenom.

PANTAU: Pasukan JKR menjalankan pemeriksaan di laluan terjejas banjir.


KOTA KINABALU: Satu kejadian banjir lumpur akibat hujan lebat dilaporkan berlaku di Jalan Kota Kinabalu - Tenom berhampiran Kampung Kauran, Keningau malam Rabu lalu.

Kejadian menyebabkan laluan terbabit tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook memaklumkan jalan alternatif yang boleh digunakan pengguna jalan ialah Jalan Banjar- Kedalakan - Kauran.

“Pihak JKR sudah menjalankan pemeriksaan dan kawalan aliran trafik selain memasang Pelan Pengurusan Trafik (TMP) di lokasi terjejas,” katanya.

Pada masa sama, hujan lebat turut menyebabkan kerosakan pada abutmen jambatan di Jalan Kalang- Simpangan di Tenom.

“Kejadian menyebabkan laluan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dan pengguna jalan boleh melalui jalan altenatif Jalan Kalang.

“Tindakan sama iaitu pemasangan TMP turut dilaksanakan di lokasi kejadian,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.177172 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list