CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2439|Reply: 0

[Sabah] Dua pegawai bomba terkena renjatan elektrik ketika padam kebakaran

[Copy link]
Post time 23-1-2025 03:54 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

PUTATAN: Dua pegawai bomba cedera selepas terkena renjata elektrik ketika menjalankan operasi memadam kebakaran di salah satu unit kediaman di tingkat 4, sebuah bangunan di Jalan Pantai Berahi, Petagas, di sini.

Pegawai Bomba, Amran Amir, 34, segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu oleh jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Seorang lagi iaitu Pegawai Bomba Kanan II, Sharif Faizul, 38, menerima rawatan di lokasi kejadian oleh pasukan EMRS.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Penolong Penguasa Bomba, Noor Sherriyana Bohari berkata, keadaan kedua-dua mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.59 malam.

“Seramai 37 pegawai dan anggota dari BBP Putatan dengan dibantu BBP Penampang dan Kota Kinabalu bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak tiga kilometer dari balai bomba.

"Setiba di lokasi, komander operasi lapor kebakaran membabitkan sebuah rumah atas kedai tingkat empat terbakar sepenuhnya.

"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan tiga aliran, empat pancutan daripada sumber air pili bomba berdekatan dan jentera," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dua anggota bomba terkena renjatan elektrik ketika memadam kebakaran berkenaan.

"Seorang anggota dihantar ke HQE Kota Kinabalu, dan seorang anggota lagi hanya menerima rawatan daripada pasukan EMRS dan kedua-dua dalam keadaan stabil.

"Tiada mangsa awam dilaporkan terbabit dan operasi terkawal pada jam 12.40 tengah malam," katanya.

Tambahnya, operasi pemadaman api sepenuhnya berjaya dilakukan pada jam 1.40 pagi.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik," katanya.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058441 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list