CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9978|Reply: 12

[Jenayah] Nombor pendaftaran kereta H seperti perkataan nama sendiri, wanita dikompaun

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Nombor pendaftaran seperti perkataan nama sendiri, wanita dikompaun
Zuliaty Zulkiffli - Januari 22, 2025 @ 2:01pm
[email protected]

Kereta yang ditahan penguat kuasa JPJ kerana menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. - Foto JPJ Kedah

ALOR SETAR: Seorang wanita dikompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah kerana menggunakan nombor pendaftaran kereta seperti perkataan yang menunjukkan namanya.

Wanita berusia 30-an yang juga pemilik kereta itu mengaku nombor pendaftaran terbabit adalah pemberian suaminya.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata penguat kuasa menahan kereta dipandu wanita berkenaan jam 6.40 petang kelmarin di Kilometer 49.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan.

"Ia kesalahan di bawah Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, jadi notis dikeluarkan untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, penguat kuasa mengeluarkan notis JPJ (P) 22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua tak boleh.. org nak letak nama sukatilaa.  Dah alang beli honda mestilaa nak kabo nama pemiliknyaa.. jpj tu laa yg salah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
lebih tertarik dengan nama pengarah jpj tu....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Weller replied at 22-1-2025 04:39 PM
lebih tertarik dengan nama pengarah jpj tu....huhuhu

Sedare van halen
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 05:50 PM | Show all posts
apa namanya kat no plet tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 06:00 PM | Show all posts
Weller replied at 22-1-2025 04:39 PM
lebih tertarik dengan nama pengarah jpj tu....huhuhu

tetiba aku kena scroll atas balik....mmg menarik nama dia....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2025 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Weller replied at 22-1-2025 04:39 PM
lebih tertarik dengan nama pengarah jpj tu....huhuhu

Pengarah JPJ tu boleh guna no flat VAN
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 06:19 PM | Show all posts




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau sangat sampai angka tu bersambung. Sikit2 dah la, boleh ja jadi perkataan macam PEN15 tukar font tak pe kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2025 06:44 PM | Show all posts
Sistem di Malaysia yang menyebabkan berlaku nombor plet font fancy tak ikut spec. Sepatutnya hanya JPJ yang dibenarkan keluarkan no plet. Include sekali RFID di no plet. Sekarang ni kedai tepi jalan boleh keluarkan no plet untuk diletakkan di kenderaan. Bila customer bangang minta guna font fancy,mereka buat aje sebab dapat duit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
W 417 I k no platnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 22-1-2025 06:19 PM

Che ta jutawam beli haval je keee???
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling honda. Kadang iols was2 tengok label RS tu sbb ada yg main tepek je padahal bukan RS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.081328 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list