CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5625|Reply: 0

[Sarawak] Penderma mempunyai kumpulan darah jenis ‘O’ digalak menderma darah di HUS

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:46 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

KUCHING: Penderma yang sering menderma dan penderma kali pertama yang mempunyai kumpulan darah jenis ‘O’ digalakkan untuk menderma darah di Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan segera.

Gesaan itu dibuat oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (gambar) sebagai maklum balas kepada kekurangan bekalan darah jenis ‘O’ di HUS ketika ini.

"Ini kerana darah jenis ‘O’ walaupun ramai memilikinya namun bekalan untuknya tidak mencukupi di bank darah kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Latihan Kesiapsiagaan Komuniti di Hab Inovasi Ang Cheng Ho, Batu Kawa di sini, semalam.

Jangka hayat bagi satu-satu pain darah adalah antara tujuh hingga 10 hari sahaja.

Justeru, pihak bank darah tidak boleh mengumpul banyak darah dan kemudian tidak menggunakannya, tegas beliau.

“Jadi kita amat bertuah kerana negeri kita dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidak pernah mengalami kes di mana hospital seperti HUS kekurangan bekalan darah.

“Itu perubahan yang agak besar berbanding 30 hingga 40 tahun lalu, saya masih ingat anda perlu membayar penderma untuk mendapatkan darah.
“Sekarang, kita tidak perlu berbuat demikian lagi,” tambahnya.

Sementara itu, Dr Sim menekankan bahawa HUS memerlukan bekalan darah tambahan dengan segera, terutama untuk kecemasan seperti pembedahan, kemalangan dan situasi kritikal lain.

“Transfusi darah bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan dan sebelum menderma, penderma perlu melalui pemeriksaan untuk memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit, ujarnya.

Dr Sim berharap penderma yang kerap menderma darah akan terus menghubungi pihak bank darah HUS untuk melakukan temu janji masing-masing selepas ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039835 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list