CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3862|Reply: 0

[Sabah] UMNO Sabah tunggu kajian perbezaan harga barang

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:07 PM | Show all posts |Read mode


BUNG MOKTAR

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyambut baik usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan kajian perbezaan harga barang di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata usaha itu menunjukkan keprihatinan KPDN terhadap isu yang dibangkitkan, khususnya di Sabah.

Katanya, UMNO Sabah menzahirkan terima kasih kepada Menteri dan Timbalan Menteri KPDN kerana memberi respon segera terhadap kenyataannya sebelum ini.

“Saya menyambut baik usaha yang dilaksanakan KPDN ini menerusi kajian Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Kami di peringkat pemimpin dan ahli UMNO Sabah berminat untuk menunggu laporan kajian berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Bung berkata, pihaknya juga yakin hasil kajian ini akan memberi gambaran yang lebih jelas terhadap punca perbezaan harga barang antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia.

“Ia juga dilihat dapat membantu dalam mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu ini,” katanya.

Sementara itu, berhubung isu harga ayam yang mencecah sehingga RM16.50 sekilogram, katanya maklumat itu diperolehi daripada orang awam.

“Saya telah meminta agar mereka melaporkan segera lokasi di mana harga sebegini masih dijual dan jika benar masih ada, pihak penguatkuasa KPDN perlu segera mengambil tindakan.

“Namun, saya percaya selepas isu ini tular, kemungkinan besar penjual tidak lagi berani menawarkan harga seperti itu secara terang-terangan,” katanya.

Menurutnya, UMNO Sabah melalui Majlis Perhubungan Awam dan Kepenggunaan Komuniti akan menghantar memorandum dan aduan secara rasmi kepada KPDN berkenaan harga ayam ini.

Katanya, isu harga ayam mahal di Sabah sememangnya bukan isu baru, namun ia bukan alasan untuk mana-mana pihak, khususnya kerajaan hari ini, memberi jawapan mudah seolah-olah menafikan usaha kerajaan terdahulu dalam menangani masalah yang sama.

“Apa yang diperlukan adalah komitmen untuk menyelesaikan isu ini secara berkesan dan harga ayam bukan isu politik tetapi isu rakyat kerana ia adalah keperluan asas yang harus ditangani secara holistik.

“Kerajaan juga perlu mengambil langkah segera kerana ia semakin membebankan rakyat Sabah, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Selain harga ayam, katanya, banyak lagi barangan keperluan lain yang juga mengalami jurang harga yang besar antara Sabah dan Semenanjung.

“Apa yang saya sampaikan ini adalah antara keluhan rakyat akar umbi dan memikirkan dengan rasional kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi saban hari.

“Justeru, saya menyeru bukan sahaja KPDN tetapi semua agensi kerajaan berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan jurang harga barang keperluan ini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036446 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list