SARATOK: Seramai 89 mangsa daripada 21 keluarga masih kekal ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, di sini, susulan banjir yang melanda kawasan tersebut.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua mangsa adalah penduduk Rumah Ason, Tembawai Kapok, Awik, yang terjejas akibat peningkatan paras air.
PPS tersebut dibuka pada jam 3.30 petang, Ahad, bagi menempatkan penduduk yang dipindahkan demi memastikan keselamatan mereka.
Banjir yang berlaku telah menyebabkan kawasan dan rumah panjang mereka tidak lagi selamat untuk didiami.
Pihak berkuasa juga terus memantau keadaan semasa dan memastikan keperluan mangsa di PPS diberi perhatian.
|