CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8593|Reply: 0

Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka India 2025

[Copy link]
Post time 20-1-2025 01:59 PM | Show all posts |Read mode


Sze Fei (kanan) dan Nur Izzuddin bergambar semasa majlis penyampaian hadiah selepas menewaskan beregu Korea Selatan di final Terbuka India 2025 di New Delhi pada Ahad. - Gambar AFP

KUALA LUMPUR: Beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, meraih gelaran pertama musim ini apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada aksi final di New Delhi, hari ini.

Pada aksi di Kompleks Sukan Indira Gandhi, Sze Fei-Nur Izzuddin menghuni ranking kedua dunia, bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah oleh juara Terbuka Malaysia minggu lepas selepas diheret sehingga ke set penentuan biarpun memenangi set pertama 21-15.

Set kedua, Won Ho-Seung Jae bangkit dengan kemenangan 21-13, namun, momentum itu berjaya dipatahkan oleh beregu profesional negara pada set penentuan dengan 21-16 untuk menjuarai kejohanan berstatus Super 750 itu.

Kemenangan tersebut menebus kekecewaan mereka selepas terkandas pada pusingan pertama di Terbuka Malaysia minggu lepas.

Hasil kemenangan tersebut, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah bernilai US$70,300 (kira-kira RM316,631), manakala pasangan Korea Selatan itu menerima US$33,250 (RM149,836).

"Kami gembira kerana bergelut dan dapat mengatasi mereka. Kami terpaksa banyak bersabar selepas mereka tidak melakukan banyak kesilapan mudah,” kata Sze Fei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki negara merangkul kejuaraan Terbuka India adalah pada 2010 menerusi gandingan Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.053686 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list