CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24635|Reply: 0

[Sabah] Persatuan etnik sokong tindakan MAN, ambil tindakan terhadap Fahmi

[Copy link]
Post time 19-1-2025 11:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 20-1-2025 02:04 AM




YAZID (kiri); AHMAD RAZALIE (dua kiri); JAILINE (dua kanan); NUAR (kanan)

KENINGAU: Gabungan beberapa persatuan kebudayaan etnik bumiputera di Keningau tampil dengan suara lantang mempertahankan kehormatan Sabah dan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Haji Aman.

Mereka menyokong penuh tindakan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Keningau yang mengambil langkah menyaman pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza atas karikatur yang didakwa menghina TYT dan melanggar sensitiviti adat rakyat Sabah.

Antara persatuan yang menyatakan sokongan ialah Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS), Persatuan Gana Sabah (PGS), Persatuan Kebudayaan Dusun Kujau Sabah (PDKS), dan Persatuan Kebudayaan Murut Nabai Patikang Laut Keningau.

Dalam kenyataan bersama, pemimpin-pemimpin persatuan ini meluahkan kekecewaan mendalam terhadap tindakan yang mereka sifatkan sebagai penghinaan besar terhadap institusi tertinggi negeri Sabah.

“Sabah adalah tanah adat dan kehormatan, dan kami tidak akan berdiam diri apabila maruah negeri ini dan pemimpin nombor satunya dipermainkan.

Tindakan Fahmi bukan sekadar biadab tetapi melanggar nilai-nilai asas perpaduan dan keharmonian rakyat Sabah,” kata Timbalan Presiden KGNS, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Presiden PGS, Ahmad Razalie @ Titus Andrew Selabin Sapawan pula berkata, karikatur itu bukan sahaja menghina Tun Musa tetapi juga merendahkan martabat seluruh rakyat Sabah dan beliau berpendapat perkara itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Terdahulu Ketua Daerah Bingkor, OKK Daniel Palangi, menjelaskan bahawa berdasarkan Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah No. 13 Tahun 1992, pelaku seperti Fahmi boleh dikenakan sogit, iaitu hukuman adat yang bertujuan mengembalikan keharmonian dan menghormati undang-undang tradisional Anak Negeri.

“Sogit adalah mekanisme penting dalam adat masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) untuk menangani pelanggaran serius, " katanya.

Dalam kes itu, sogit boleh melibatkan denda berupa penyembelihan haiwan, yang bukan hanya simbol penalti tetapi juga pengajaran kepada masyarakat umum,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PDKS, Jailine Rose Lian memberitahu bahawa langkah tegas ini penting untuk melindungi maruah institusi TYT.

“Kita perlu ingat, menghina TYT bukan hanya menyerang individu tetapi seluruh rakyat Sabah yang menghormati adat dan pemimpin mereka dan tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan menjadi budaya,” katanya.

Nuar @ Salamat Jaimi dari Persatuan Kebudayaan Murut Nabai Patikang Laut Keningau pula menyeru rakyat Sabah supaya bersatu dalam mempertahankan adat dan nilai tradisional.

“Sabah adalah negeri yang kaya dengan budaya dan adat istiadat. Tiada siapa yang berhak merendahkan atau mencemarkan warisan kita,” katanya.

Sehubungan itu, persatuan-persatuan yakin tindakan MAN Keningau akan menjadi peringatan tegas kepada sesiapa sahaja bahawa adat dan kehormatan negeri Sabah tidak boleh dipandang ringan.

“Kami berdiri teguh di belakang Mahkamah Anak Negeri Sabah adalah milik rakyatnya, dan adat kita adalah jiwa negeri ini.

"Kita tidak akan benarkan sesiapa pun, walau di mana pun mereka berada, memperlekehkan adat dan maruah pemimpin kita,” katanya.

Dengan langkah terbabit, mereka berharap Sabah terus dihormati sebagai negeri yang memegang teguh kepada adat, perpaduan, dan keharmonian.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.036076 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list