CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22656|Reply: 0

[Sabah] Mayat buruh kasar terapung berhampiran Jeti Pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan

[Copy link]
Post time 19-1-2025 02:08 AM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN: Mayat seorang lelaki ditemukan di tepi Jeti Pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan di sini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihak polis dimaklumkan berkenaan kejadian pada jam 9.30 malam Jumaat oleh orang awan sebelum sepasukan anggota digerakkan untuk kerja siasatan.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mayat lelaki terbabit dalam keadaan terapung di permukaan air, di tepi jeti tempat pemunggahan ikan tanpa baju dan berseluar jeans paras lutut.

“Identiti mangsa sudah dikenal pasti iaitu warganegara asing berumur 35 tahun dan bekerja sebagai buruh kasar di Jeti Pasar Ikan,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut berikutan hasil siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan khianat terlibat dalam kes ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess Of Kent (HDOK) untuk tujuan bedah siasat.

Katanya, proses bedah siasat akan dijalankan pada jam 11 pagi Sabtu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.077733 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list