Edited by Vellfire at 18-1-2025 06:00 PM
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250118/7997013e-6dd7-4203-9c38-984070097a3b.jpeg)
PINDAH: Sebahagian mangsa banjir yang dipindahkan dari Kampung Sinsilong Pitas.
KOTA MARUDU: Seramai 70 orang mangsa banjir dari Kampung Sinsilong Pitas di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas Kamarudin Sabanah berkata, panggilan kecemasan diterima jam 2.16 pagi sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi bersama jentera penyelamat.
“Pihak bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan pemindahan seramai 70 mangsa banjir di Kampung Sinsilog bersama beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Daerah Pitas.
“Kesemua mangsa banjir termasuk 30 dewasa, 24 kanak-kanak, 12 warga emas, dua bayi serta dua ibu mengandung di hantar ke PPS SK Pekan Pitas II dalam keadaan selamat,” katanya.
Beliau berkata, operasi ditamatkan jam 6 pagi dan operasi pemantauan terus dijalankan bagi menghadapi sebarang kecemasan.
|