CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22820|Reply: 0

[Sarawak] Peranan pendidikan kini berubah selaras konsep Karamah Insaniah

[Copy link]
Post time 19-1-2025 01:04 AM | Show all posts |Read mode


Lau (tengah) menyampaikan Anugerah Murid Mithali kepada Kong Chi Neng sambil diperhatikan Kho (kiri) pada Majlis Anugerah Gemilang SMK Lanang 2024, hari ini.

SIBU: Peranan pendidikan hari ini telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya selari dengan gagasan Malaysia MADANI yang menekankan tentang konsep Karamah Insaniah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng berkata, Karamah Insaniah adalah satu konsep yang menekankan pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi mewujudkan suasana harmoni yang akan menghindari gejala negatif.

“Konsep ini bukan sahaja diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, malah turut diterapkan dalam pembelajaran melalui pelbagai aktiviti dan program di luar bilik darjah,” ujarnya.

Lau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lanang 2024 di dewan sekolah, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Lanang Nima Lee dan Pengetua Kho Say Wei.
Ahli Parlimen Lanang itu turut menegaskan ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang aktif dalam memastikan usaha yang telah dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila para pelajar balik ke rumah.

“Seorang pendidik mestilah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan yang lain.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, para pelajar merupakan generasi pewaris dan bakal pemimpin negara, seperti kata pujangga, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

“Oleh yang demikian,pengasuhan, bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek hidup dari peringkat awal lagi adalah amat penting.

“Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai, sebaliknya penekanan kepada aspek pembinaan keperibadian juga perlu diberi perhatian yang sama,” tegasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035622 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list