CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28079|Reply: 0

Israel terus halang bantuan penting ke utara Gaza - PBB

[Copy link]
Post time 12-1-2025 10:22 AM | Show all posts |Read mode

Seorang kanak-kanak bermain dengan tayar getah di sebelah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel berhampiran kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. - Foto AFP

GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa tentera Israel terus menghalang bantuan penting daripada sampai kepada mereka yang memerlukan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Malah, tentera Israel meningkatkan serangan selepas empat anggotanya maut dalam pertempuran di utara Gaza semalam, yang menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), meningkatkan jumlah kematian askar mereka kepada 403 mangsa sejak perang bermula 15 bulan lalu.

Serangan yang sama turut mengorbankan sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak, apabile tentera Israel mengebom sekolah Zainab al-Wazir yang dijadikan pusat perlindungan pelarian Palestin di Jabalia, utara Gaza.

Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka membedil Jabalia dan mendakwa sekolah yang menjadi pusat perlindungan itu sebenarnya adalah 'markas pentadbiran dan arahan' Hamas.

Jurucakap Pertahanan Awam Gaza berkata tentera Israel kini nampaknya mahu membunuh seramai mungkin penduduk Palestin dan kakitangan perubatan selagi perang berterusan.

Tiga batalion infantri baharu tentera Israel dikatakan akan dikerahkan bagi memperkukuhkan kedudukan di utara Tebing Barat yang diduduki, susulan gesaan puak haluan kanan dalam kerajaan Israel yang mahu wilayah itu diilhakan.

Pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza setakat ini sudah meragut sekurang-kurangnya 46,537 nyawa penduduk Palestin dan mencederakan 109,571 mangsa sejak 7 Oktober, 2023.

Sementara itu, Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), dalam satu kenyataan, melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel terus menafikan usaha yang diketuai PBB untuk menyampaikan bantuan penting ke wilayah utara Gaza.

"Ini termasuk percubaan terbaru hari ini (semalam), malah di seluruh Gaza, hanya 10 daripada 21 pergerakan kemanusiaan yang dirancang PBB telah dibantu oleh pihak berkuasa Israel.

"Tujuh dinafikan secara terang-terangan, tiga dihalang, dan satu dibatalkan atas alasan keselamatan dan cabaran logistik," katanya.

Agensi di bawah PBB itu menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai 'kesan bekalan bahan api yang semakin berkurangan terhadap perkhidmatan penting di Gaza'.

"Penyedia telekomunikasi Palestin kini memberi amaran bahawa perkhidmatan mereka mungkin terpaksa dihentikan esok akibat kekurangan bahan api," menurut laporan itu.

Pada masa sama, sekumpulan peneroka haram Yahudi yang bersenjata Israel dilaporkan menyerbu Bandar Lama Hebron di Tebing Barat yang diduduki dan menceroboh Masjid Ibrahimi di bawah kawalan ketat pasukan keselamatan Israel.

Menurut sumber tempatan yang dipetik oleh agensi berita Wafa, 'ratusan' peneroka bersenjata, diiringi tentera, memasuki beberapa kawasan kejiranan di Bandar Lama sambil melaungkan slogan bersifat perkauman dan anti-Arab serta melakukan ancaman.

Mereka dilaporkan mengadakan ritual keagaaman Yyahudi di masjid tersebut, sementara pergerakan penduduk Palestin di kawasan itu disekat dengan pelaksanaan perintah berkurung tentera. - AGENSI

Januari 12, 2025  sumber

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035590 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list