CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13560|Reply: 0

Pengantin lelaki lari, wanita terpaksa sanding dengan sepupu

[Copy link]
Post time 12-1-2025 08:43 AM | Show all posts |Read mode

Insiden yang menimpa Tsaniyya turut menjadi tular di media sosial. Foto Agensi

JAKARTA - Hari bahagia seorang wanita bertukar duka setelah pengantin lelaki hilang tanpa jejak.

Insiden yang menimpa Tsaniyya Asmara Sutjipto, 26, warga Tambaksari, Surabaya di Indonesia ditinggalkan bakal suaminya pada hari pernikahan mereka turut menjadi tular di media sosial.

Portal berita tempatan, detikJatim akhirnya membongkar punca pelamin Tsaniyya musnah pada 29 Disember lalu.

Menurut Tsaniyya, calon suaminya yang dikenali sebagai A telah menghamilkan wanita lain.

"Meskipun akad nikah terpaksa dibatalkan, majlis resepsi tetap berlangsung seperti biasa kerana undangan telah diberikan kepada para tetamu. Sepupu saya, Wahyu Yogie menggantikan A untuk duduk bersama di pelamin," ujarnya.

Difahamkan, keluarga pihak lelaki turut hadir pada majlis itu walaupun tanpa kehadiran pengantin sebenar.

"Kira-kira sebulan sebelum perkahwinan kami berlangsung, A ada memberitahu saya tentang hubungannya dengan wanita lain hingga dia hamil. Dia bersama keluarga wanita itu ada bertemu keluarga saya.

"A berjanji untuk meneruskan pernikahan kami malah turut menandatangani perjanjian dan disaksikan ahli keluarga lain," katanya lagi.

Tetapi, janji hanya tinggal janji, A gagal dihubungi pada hari pernikahan mereka setelah memberi alasan mahu membeli nasi goreng kepada keluarganya.

Beberapa hari selepas kejadian itu, A akhirnya muncul di rumah Tsaniyya untuk menawarkan wang ganti rugi berjumlah 75 juta rupiah (RM20,850).

Dia langsung tidak rasa bersalah dan tidak meminta maaf. Tidak semudah itu kerana keluarga saya terpaksa menanggung malu dan kecewa atas perbuatannya.

"Saya akan melaporkan kepada pihak berkuasa. Biar undang-undang menghukumnya. Saya di sini hancur sekali," tegasnya. - Agensi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.404292 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list