CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13488|Reply: 0

'Ibarat neraka dunia'

[Copy link]
Post time 12-1-2025 08:30 AM | Show all posts |Read mode

Mesej memaparkan arahan pemindahan yang mengelirukan penduduk hingga menyebabkan ramai terperangkap dalam kebakaran di Los Angeles. Foto AFP



LOS ANGELES - Penduduk California pada Jumaat menuntut penjelasan pihak berkuasa tentang punca kebakaran dahsyat hutan di Los Angeles yang kemudiannya merebak dengan cepat ke kawasan kejiranan sepanjang minggu lalu.

Bencana yang diumpamakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sebagai zon perang itu turut meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa.




Ketika ini, banyak penduduk menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap persediaan dan tindak balas perlahan pihak berkuasa terutamanya berkaitan amaran pemindahan yang mengelirukan.


Pemandangan di sepanjang Lautan Pasifik akibat kebakaran Palisades yang menyebabkan kerosakan dan kerugian mencecah antara AS35 bilion dan AS50 bilion. Foto AFP



Bagi meredakan kemarahan orang ramai, Gabenor Gavin Newsom mengarahkan semakan secara menyeluruh terhadap utiliti di bandar tersebut berikutan masalah kekurangan bekalan air ketika fasa awal kebakaran itu disifatkan amat membimbangkan.

"Kami perlukan jawapan bagaimana perkara itu berlaku," ujar kandungan surat terbuka dihantar beliau.

Sementara itu, beberapa penduduk di kawasan kejiranan mewah meluahkan rasa kecewa terhadap pihak berkuasa di kawasan Pacific Palisades yang diibaratkan seperti neraka dunia.

"Mereka gagal bertindak dan membiarkan kami terperangkap," kata Nicholas Norman.

Susulan kejadian rompakan yang semakin meningkat, perintah berkurung pada waktu malam telah dikuatkuasakan di kawasan penduduk dipindahkan.

Kereta yang terbakar di kejiranan Pacific Palisades di Los Angeles, California. Kebakaran hutan besar-besaran yang melanda seluruh kawasan kejiranan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal. Foto AFP
Kebakaran hutan biasanya berlaku secara semula jadi, namun saintis mendakwa perubahan iklim yang disebabkan aktiviti tidak terkawal manusia telah mengubah dinamik cuaca di samping keadaan sangat kering di California menyebabkan ia lebih mudah terbakar. - Agensi

Info:
> Lima kebakaran berasingan sepanjang minggu lalu telah memusnahkan lebih 15,000 hektar kawasan, membinasakan kira-kira 10,000 struktur.
> Tiupan angin yang perlahan memberi peluang kepada pasukan bomba untuk mengawal api daripada terus marak.
> Di kawasan paling teruk terjejas, Pasific Palisades dan Malibu, kira-kira lapan peratus perimeter lokasi kebakaran seluas lebih 8,000 hektar berjaya dikawal.
> Skala kemusnahan bandar kedua terbesar di AS itu disifatkan sebagai paling mahal pernah direkodkan. Kos kerugian dianggarkan mencecah antara AS$135 bilion (RM607 bilion) dan AS$150 bilion (RM674 bilion).







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037737 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list