CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23063|Reply: 0

Rakaman kotak hitam jet Jeju Air terhenti sebelum pesawat terhempas

[Copy link]
Post time 11-1-2025 11:49 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN di lokasi nahas pesawat Jeju Air di Lapangan Terbang Muan, pada 29 Disember 2024. FOTO fail AFP

Seoul: Kotak hitam menyimpan data penerbangan dan perakam suara kokpit untuk penerbangan Jeju Air yang terhempas sehingga menyebabkan 179 orang terbunuh, berhenti merakam empat minit sebelum bencana, kata kementerian pengangkutan Korea Selatan pada Sabtu.

Boeing 737-800 itu dalam penerbangan dari Thailand ke Muan, Korea Selatan, pada 29 Disember lalu, dengan membawa 181 penumpang dan anak kapal apabila ia mendarat di Lapangan Terbang Muan dan meletup dalam bola api selepas merempuh penghadang konkrit.

Ia adalah bencana penerbangan paling teruk pernah berlaku di Korea Selatan.

"Analisis mendedahkan bahawa kedua-dua data CVR dan FDR tidak direkodkan dalam tempoh empat minit sebelum pesawat berlanggar dengan 'localiser'," kata kementerian pengangkutan dalam satu kenyataan, merujuk kepada dua peranti rakaman itu.

'Localiser' adalah penghalang di hujung landasan yang membantu pendaratan pesawat dan dipersalahkan kerana memburukkan lagi kemalangan itu.

Perakam data penerbangan yang rosak dianggap tidak dapat dipulihkan untuk pengekstrakan data oleh pihak berkuasa Korea Selatan, yang menghantarnya ke Amerika Syarikat (AS) untuk analisis di makmal Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS.

Tetapi nampaknya kotak yang mengandungi petunjuk kepada detik terakhir penerbangan mengalami kehilangan data, menyebabkan pihak berkuasa cuba mengetahui apa yang berlaku.

"Pelan disediakan untuk menyiasat punca kehilangan data semasa siasatan kemalangan yang sedang dijalankan," kata kementerian itu.

Penyiasat Korea Selatan dan AS masih menyiasat punca nahas itu. Penyiasat berkata, kotak itu penting untuk siasatan mereka tetapi menambah mereka tidak akan berputus asa untuk mencuba untuk mengetahui sebab nahas itu berlaku.

"Siasatan akan dijalankan melalui pemeriksaan dan analisis pelbagai data. Jawatankuasa komited untuk melakukan yang terbaik untuk menentukan dengan tepat punca kemalangan," kata kementerian itu.

Penyiasat menyatakan burung, gear pendaratan yang rosak dan halangan landasan sebagai isu yang mungkin menyumbang kepada punca nahas berkenaan.


Disiarkan pada: Januari 11, 2025



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.164033 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list