CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30382|Reply: 0

Pendaki hilang 13 hari ‘demand’ RM449,000 selepas diselamatkan

[Copy link]
Post time 10-1-2025 09:45 PM | Show all posts |Read mode

Gambar menunjukkan Nazari diselamatkan oleh pasukan penyelamat selepas hilang selama 13 hari di kawasan pergunungan. - Polis NSW


CANBERRA – Seorang pendaki yang diselamatkan selepas 13 hari hilang di sebuah kawasan pergunungan di Australia mengenakan bayaran AS$100,000 (RM449,426) untuk menceritakan pengalamannya, lapor portal berita Mail Online.

Hadi Nazari, 23, ditemukan masih hidup semalam selepas hilang di Taman Negara Kosciuszko dalam negeri New South Wales pada 26 Disember lalu.


Nazari ditemukan oleh pendaki lain selepas ‘pencarian meluas’ selama 13 hari membabitkan lebih 400 orang termasuk polis, helikopter dan sukarelawan.

Media tempatan mula ‘berkampung’ di luar Hospital Cooma untuk mengetahui bagaimana Nazari boleh bertahan begitu lama dengan sumber makanan yang terhad.

Namun, dia enggan bercakap secara terbuka tentang pengalaman pahit dan keajaibannya.

Seorang sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri berkata, Nazari mahu menjual kisahnya kepada pembida tertinggi.

“Dia mahu menggunakan wang untuk membayar yuran universitinya dan berharap mendapat AS$100,000,” katanya.

Nazari turut meminta polis menyampaikan kenyataan ringkas kepada orang ramai, selain mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat. – AGENSI

Januari 10, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.221682 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list