CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17662|Reply: 0

Mak jealous mak mentua dilayan baik, merajuk kalau anak balik kampung suami...

[Copy link]
Post time 1-1-2025 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Kita sering kali mendengar tentang kisah mentua tidak berpuas hati dengan menantu atau menantu membenci mentuanya.

Namun lain pula situasi yang dilalui seorang wanita ini apabila ibunya cemburu dan sentiasa tidak berpuas hati dengan ibu mentuanya.

Berkongsi kisah dirinya di laman sosial, wanita itu bersama suami dan anak-anak mula tinggal bersama ibunya selepas bapanya meninggal dunia.




"Biasa sebulan sekali atau dua kali suami akan ajak balik rumah mentua. Biasa balik kejap je, jarang bermalam tapi sifat mak buat saya tekanan.

"Dia tak boleh kalau suami bawa mak dia berjalan atau pergi makan-makan. Kalau kami balik lama sikit, lebih dari tiga atau empat jam, mak dah mengelupur," katanya menerusi satu hantaran.

Keadaan itu membuatkan dirinya berasa bersalah hingga suaminya terpaksa menganaktirikan ibunya sendiri berbanding dengan mentua.

"Saya selalu ingatkan mak, kenapa rasa terancam? Sedangkan mak ada semua yang mentua tiada. Baju baharu hari-hari beli, duit, rumah, harta, semua ada.

"Selalu juga ingatkan mak yang suami saya selalu dahulukan dia. Hari-hari belikan sarapan kegemaran tapi mentua saya di kampung keseorangan, tiada sesiapa, sakit, demam semua sendiri," luahnya.

Sebagai menantu, katanya, dia sedaya upaya membahagiakan ibu mentuanya, tapi pada masa yang sama layanan itu dicemburui ibunya.

"Jika ada cuti, kena tanya mak saya dulu. Nak pergi mana-mana tak? Kalau tiada, baru kami boleh rancang cuti kami sendiri.

"Kadang teringin nak cuti dengan suami dan anak-anak saja. Tapi kalau cuti tanpa mak, balik dari cuti sampai je mak akan cari gaduh," katanya.

Selepas diselidik, katanya, ibunya tidak menyukai ibu mentuanya hanya kerana wanita itu hidup miskin.

"Dia tak suka kalau suami berbelanja untuk mak dia. Biasanya mak saya akan tanya cucu (anak saya) bila kami sampai rumah dari kampung. 'Papa bawa tok pi mana, beli apa'.

"Saya dengan mak 24 jam bersama, cuma sesekali balik ke rumah mentua, bawa dia jalan-jalan, beli barang dapur. Mentua saya berusia 84 tahun, saya selalu terfikir siapa uruskan dia beli barang dapur, memasak jika dia tak sihat," katanya.

Tambahnya lagi, walaupun suaminya mempunyai seorang adik perempuan tetapi sudah menjadi tanggungjawab sebagai anak sulung menjaga ibu.

"Adik dah kahwin dan jaga mentua sakit. Jadi tanggungjawab suami saya untuk jaga maknya. Doakan saya dan suami dapat keluar dari kemelut ini.

"Semoga suami dapat beli atau sewa rumah lain dalam masa terdekat dan boleh bawa mak dia tinggal sekali dengan kami," katanya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.859304 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list