CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40427|Reply: 4

[Tempatan] Counter setting: Imigresen patahkan sindiket warga asing 'bersidai' di KLIA

[Copy link]
Post time 26-12-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Ilah Hafiz Aziz
Disember 26, 2024 @ 3:52pm
[email protected]

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen mengesan warga asing yang sengaja 'bersidai' di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengelak pemeriksaan masuk ke dalam negara.

Menerusi video TikTok jabatan berkenaan, warga asing itu dilihat berada di ruang menunggu di terminal pelepasan, dipercayai menunggu ejen untuk membawa mereka masuk Malaysia.


Malah, ada yang dikatakan berada di kawasan berkenaan selama berhari-hari dan seakan-akan menyamar sebagai pengembara yang akan berlepas ke destinasi tertentu.

Menurut penerangan Timbalan Ketua Kawalan Operasi Terminal 1 KLIA, Suresh Nadarajah, warga asing itu sepatutnya terus ke kaunter pemeriksaan sejurus turun daripada pesawat.


"Tetapi apa yang berlaku, mereka berada di Starbuck, membeli sebotol air dan duduk beramai-ramai.

"Selepas kita buat pemeriksaan, kita bawa balik (tahan) mereka yang disyaki. Ada yang melakukan kesalahan di mana mereka cuba mengelakkan pemeriksaan. Sepatutnya mereka terus ke sini selepas turun pesawat.

"Selepas itu, kita akan memeriksa maklumat penerbangan dan visa mereka satu per satu. Selepas kita selesai, unit pemantauan akan mengesyorkan pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan mereka akan dihantar balik ke negara asal," katanya.



BH sebelum ini melaporkan, Jabatan Imigresen menubuhkan pasukan pemantau bagi mengesan pengembara yang mengambil masa lama sebelum ke kaunter pemeriksaan agensi itu di KLIA, sekali gus berjaya mematahkan beberapa percubaan masuk ke Malaysia menggunakan kaedah 'counter setting'.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata pasukan berkenaan ditugaskan 24 jam memantau sekitar kawasan ketibaan penumpang dan akan memeriksa secara teliti warga asing, khususnya dari Bangladesh dan Myanmar yang kelihatan mencurigakan.

Beliau berkata, siasatan mendapati ada warga asing yang tidak ke kaunter pemeriksaan walaupun sudah lama tiba, sebenarnya menunggu isyarat sindiket 'counter setting', dan jika urusan kemasukan dikesan mencurigakan, mereka akan diusir keluar dari negara ini serta-merta.

NTL akan dikeluarkan serta-merta seperti satu kes sebelum ini, di mana jabatan itu pernah mengusir sekumpulan lebih 30 warga asing yang mahu masuk ke Malaysia selepas mendapati tiket penerbangan dan waktu ketibaan ke negara ini mencurigakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2024 08:54 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 26-12-2024 08:56 PM

Apak kau yakin mereka bekerja sendiri tanpa bantuan atau keterlibatan pejabatn imigrasi Malaysia ?

Satu lagi .. Apakah pejabat imigrasi Malaysia itu  bersih dan suchi murni dan kebal dari rasuah ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 10:01 AM | Show all posts
semoga ulat/counter setting tertangkap habis-habisan.

pernah dulu sebelum covid, pertama kali travel singapore sorang-sorang
keluar dari pesawat tu, konon nak tengok plan/map kejap.
sekali polis airport datang dekat minta keluar terus.







Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 10:20 AM | Show all posts

segak pegawai imegresen
mcm hero tamil ko



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.065942 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list